Sunday, December 26, 2010

Semua benda bersebab..

Bila aku renung2kan, byk benda silap yg aku buat dalam hidup..
Hidup aku jarang tenang..
Walau aku senyum dan gelak, hati ini kerap menangis..
Tiada siapa yg tidak pernah buat silap dlm hidup..
Namun dengan mengungkit setiap kesilapan itu adalah ibarat hukuman seumur hidup..
Berilah aku peluang untuk memperbaiki diri..
Berilah aku peluang untuk menebus egala kesilapan..
Jika aku adalah seekor burung..
Akan aku terbang jauh...
Akan aku menetap ditempat lain..
Akan aku membina kehidupan baru..

Namun...
Aku hanyalah seorang manusia..
Yang hadirnya aku tidak menambah..
Yang perginya aku tidak mengurang..

Yakin...
Aku percaya satu perkara..
Langit tidak akan sentiasa mendung..
Hujan tidak akan sentiasa lebat..
Gunung tidak akan sentiasa berkabus..
Laut tdak akan sentiasa bergelombang kuat..

Pasti...
Suatu hari nanti..
Langit akan cerah..
Hujan akan berhenti..
Gunung akan kelihatan..
Laut akan tenang..

Hanya..
Aku perlu menunggu..
Aku perlu menanti..

Suatu hari nanti akan hadir seorang putera..
Yang akan membawakan aku lilin di malam yang gelap..
Yang akan memimpin disaat aku meraba-raba
Yang akan menunjukkan aku jalan di saat aku kesesatan..

Saturday, December 18, 2010

Lelaki Dan Cinta

Aku bukanlah org yg arif dalam bidang undang2, namun dek kerana aku kerap disaman, disapina maka aku agak kenal la selok belok perundangan.. Aku x ada masalah dgn undang2 sivil tp aku agak terkilan dgn perundangan syariah. Aku bukanlah org yg layak berbicara soal agama, aku juga tak layak meluahkan pendapat walaupun negara ni demokrasi.. Namun, aku x mampu menolak kata hati ku..

Pernikahan Kedua:
Entah kali yg keberapa dlm 6 bulan ini, aku di dampingi esak tangis wanita yg bergelar isteri, gelak tawa lelaki yg bergelar suami.. Bayangkan, betapa bangganya seorang isteri tatkala si suami mengajak ke tanah suci, si isteri berseri2 kerana mendapat suami sebaik itu.. Namun, apakah niat si suami apabila, jejak sahaja kaki di tanah suci segera borang poligami dihulurkan? Bila si isteri menangis, si suami meminta isteri redha dan mohon kekuatan di hadapan kaabah.. Suami apakah itu? Alim? Baik? Sepanjang bersama, si isteri meraih dan memeluk lengan si suami namun si suami menepis.. bagaimanakah untuk si isteri redha bermadu andai belum pown berkahwin lain, si suami telah bersikap dingin?
Ini hanya satu contoh betapa lelaki menggunakan pelbagai helah untuk mencapai cita2nya.. Mengapakah lelaki amat mudah beralih cinta? melupakan susah apabila senang? memberi pelbagai alasan? berbuat baik hanya untuk menyakiti?
Hitunglah berapa ramai lelaki yg berani bernikah lagi luar negara walaupun antara syaratnya haruslah mendapat keizinan isteri pertama? Sebab, sdgkan kos ke sempadan tu boleh ditanggung apatah lagi denda yg hanya RM1000 itu.. seribu je? denda je? YUP! Alasan paling kukuh, "DR BUAT MAKSIAT, BAIK KAMI KAWEN TUANNNN~".. Berkahwinlah jika mampu dan yakin berlaku adil.. Perhalusilah lagi MAMPU dan ADIL itu..
Suami adalah untuk melindungi, menjaga, menyayangi dan menyara isteri.. Isteri pula, menyerahkan diri seumur hidupnya untuk suami dlm mencari pahala setelah dinikahkan.. Lihat sajalah di hospital2, berapa ramai isteri yang tidak lena tidurnya, tidak tentu makan minumnya, tidak hiraukan penampilannya saat menjaga sang suami?? Menyalin pakaian, mengelap tubuh badan , menukar lampin pakai buang, menadah tempat kencing.. Hanya sabar, kasih, sayang dan cinta yang membuat wanita berkorban sedemikian rupa.. hanya allah yg membalasnya..
Lihat pula apabila si isteri yang sakit.. Berapa keratkah yang ditemani suami? paling2 pown datang amik baju kotor, bwk baju bersih, tanya lebih kurang pastu? "Mah, abang ada keje ni, abg x leh lama, Meon ajak abg g memancing..".
Jika sakit si suami melarat, isteri ttp menjaga mereka lagak Jururawat di rumah..
Jika sakit si isteri melarat? Si suami segera berkahwin lain dengan 'JURURAWAT' agar dapat merawat 'sakit' si suami! Adakah lelaki shjkah yg bernafsu? wanita tidak?

Penceraian:
Apabila dah x sehaluan makan cerailah pengakhirannya.. Undang2 menyatakan, edah, mutaah, nafkah adalah wajib dibayar suami.. masalahnya bayarkah mereka? Kalau x bayar? penjara? sebat? denda?
Hohohooo~ kalau x bayar, isteri kene amik peguam, failkan kes, amik cuti naik turun mahkamah (bukan sekali dua, bertahun2 pown ada..)Bila da bertahun2 kes tertunda, bekas suami pown da kawin lain, pastu g lah mahkamah.. "Tuan Hakim, saya ada anak 5 dengan isteri baru, sy keje buruh je, sy cuma mampu byr RM50 sorunk Tuan Hakimmmm". Hakim pown nak kata apa, dah dea kata x mampu ye x? Maka hakim pown ketuklah kayu tu.. Pastu korunk ingat dea bayar? kata je nk bayar belom tentu dea bg, ye x? kalau x bagi? Naik la mahkamah lagi, bukak kes lagi!!! pastu berulang2lah cerita nie.. Mengapa perkara yg wajib ini dianggap enteng? mengapa mereka x takut pd hukum allah? Hanya mereka je yg boleh jawab..

Mengapakah mereka itu amat berani? tidak takutkah mereka pd undang2? Akhirat? Aku ingin melihat sistem perundangan syariah kita digubal agar x ada isteri yg teraniaya, tiada anak yg terasa seolah tidak berbapa..

Berkahwin bukanlah kerana nafsu semata2, perkahwinan adalah satu ikatan yg suci.. mengikat dua jiwa, menyatukan dua hati, membina persaudaraan dua buah keluarga.. Mengapa setelah berjuang mengharungi dugaan , ombak dan badai dalam percintaan.. dengan mudah kita meleraikannya? Tidakkan ingat pada tempat pertama bertentang mata, filem pertama dilihat bersama, kata2 cinta yg dibisikkan di telinga, pandangan mata yang terus ke hati.. Mengapa semua baik buruknya kita terima sewaktu bercinta? Mengapa walau marah, masing2 masih boleh saling pujuk memujuk? tetapi, mengapa bila telah bernikah kita mengubah kelaziman, menukar corak perbualan.. tidak lagi berpegangan saat berjalan beriringan, bila marah terus keluar rumah tanpa kata2 pujukan?
Aku adalah org yg amat sensitif pada perkara2 yg berkaitan hati, aku ingin menjalani hidup dengan indah dan penuh warna warni..
Aku phobia pada erti kata cinta.. namun kehadiran Azraai banyak mengubah persepsi aku terhadap lelaki dan perkahwinan.. Hidup perlu kontra.. Jika A merajuk, B pujuk.. JIka B marah, A diam.. Ramai yg mencari pasangan yg sama dan serasi, namun mencari yg sedikit berlainan adalah yg terbaik..
Aku emosi, dea ikut logik.. aku pemarah, dea penyabar.. aku kebudakkan , dea matang.. aku fikir pendek, dea fikir jauh kehadapan.. aku suka ketawa, dea suka menyakat.. Aku benci sukan, dea gila sukan..
tapi ada jugak yg sama.. mcm soal manja, tgk wayang, window shopping, gila mekdi, gila pizza hut, gila ayam OSMAN... tapi, ada perkara lain yg membuat kami amat serasi.. yang tu oopppsssss! hanya kami yg tahu! ahaks~

Cinta dihati ini hanya untuk Mohammad Azraai Bin Kasa...

p/s: kalau dea carik lain, aku nk jadik Lorenna Bobbit malaysia ahh, nak taw sapa Lorenna, tanya pokcik Google! :))

Friday, December 17, 2010

Minat dan Aku

Ahha! Dah mula ada benda baru yg aku agak taksub skg ni! Antara sedar atau tak aku da mula suka menggoogle bnda2 yg berkaitan cupcakes.. cm mana nak buat royal icing, fondant, bunga2 yg cntik tu.. sblm nie aku paling2 pown buat buttercream atau topping coklat yg biasa2 je.. Aku dah mula berangan2 nak beli brg2 tuk buat cupkek nie, ntah berapa la habis sat g~
Kalau aku jenis komited tentu mak aku sanggup kuarkan modal tuk beli brg2 tu, bukan murah wooo~ tp masalahnya aku ni sekejap je mood tu ada.. cross stich owg lain buat dah jual beribu2 dah, aku yg satu tu dah lbh 10 tahun kowt lam laci!!
Bila tyme owg sibuk jahit manik, aku pown sibuk gak.. siap beli buku bagai, tp smpi skg manik aku lam plastik! aku beli je baju da siap manik..bukan aku malas tp x mao rabun! hahahahaha.. alasannnn!
Bila aku gilakan cheese cake plak, tiap2 minggu aku buat coklat cheese cake.. arwah abah aku siap bgn mlm2 terhendap2 kat dapur makan kek tu.. heppy gler ahh sbb owg suka.. mulalah, pantang ada majlis ckit, mak aku suh buat kek, ckit2 buat kek.. aku plak da mula malas.. kikikiii~
Hah, yg skg ni aku da nk mulakan projek buat cupkek, tp otak aku ni masih ligat memikir berbaloi x aku beli brg2 tu dgn sikap aku yg hangat2 tahi ayam nie? tp rasanya aku ttp akan beli gak, selagi aku x cuba aku x puas hati. :)
Manalah tahukan kot2 minat aku leh bertahan lama dengan cupkek? muahaha~
Akan aku cari alasan kukuh tuk mengshare duit beli brg2 dgn mak aku.. kikikiii~
Beli je dulu okeyss, buat ntah bila.. wakakakakaka~

Wednesday, December 15, 2010

Aku yg suka berangan :-)

Pernah x tyme kecik2 korunk buat benda yg agak nakal? (kecik2 owg x panggil jahat okey~)Sejauh mana nakal tu? curik buah pelam jiran? Amik duit yg mak sorok kat bwh alas meja? Cakap g sekolah, tp korunk ponteng? (hah! yg tu aku pernah buat.. wakakakaka).. tu lom masuk tyme remaja, nak g library study konon, padahal nak g dating.. Cakap g kedai, padahal nak gayut kat public phone (tyme aku remaja hanya ada tepon umah jurk).. pastu memanjang nak g bandar, beli buku, beli pensel, teman kawan.. Dulu aku ada sorunk kwn yg mmg kaki bergaya! kalau baju purple, mmg satu set purple smpi ke cermin mata hitam dea!!(aku rasa dea beli yg dak2 nyer tu n carik sama dgn warna baju!)Ada yg sorunk tu, siap dgn kasut tumit tinggi, tudung kilat2, handbag agik walaupun tyme tu usia sekitar 16,17 tahun! Aku??? standart Tshirt, jeans, kasut.. x pernahnyer aku pakai blaus (smpi skg kowt!).RAMBUT?? Fesyen apa je aku x cuba? ala2 feminin? pendek cm lelaki? pernah gak potong rmbut sndirik sbb nak kelainan konon! mak abah mmg x terkata arr.. anak kesayangan kowt! :))
Perghhhh! alam remaja aku mmg indah ahhh, aku lalui dgn penuh warna warni, ada gak la yg terkesan kat hati, tp apa adahall... hidup kene ada kenangan . ye x?
Aku agak kuat berangan, tyme sekolah rendah cikgu tanya cita apa? aku dgn penuh bangga jawab nak jadik PRAMUGARI cikgu!! tyme tu, kwn aku tanya pramugari tu apa? hahahahaha~ pastu nk jadik pemain bola tampar (padahal aku benci sukan).. pastu nak jadik Ahli Astronomi, abah aku kondem kan aku, dea kata nnti dah kuar x ada keje sebab nak keje kat mana? Malaysia bukan ada NASA? Keje yg x pernah aku hingin adalah keje CIKGU, sbb abah aku cikgu sek men, disiplin n penyelia petang agik... kat sekolah aku x leh nakal2, saje je abah aku suh Cikgu Lim lantik aku jadik Pengawas, nak aku bertanggungjawab n malu kalau nk buat jahat! ahaks~
Tyme tu kalau sek men x ada bf owg luar mmg x HOT arr.. mesti nak ada bf owg luar.. aku? X berani! tyme sekolah aku pemalu, jrg bercakap, belajar pown biasa2 je.. Bukan sbb aku mmg pemalu tp sbb kedudukan abah aku kat sekolah tu! :))
Tp rasanya smpi skg aku pemalu.. ahaks.. Buktinya, aku x ada bf smpi tahun 3 kat maktab.. kikikiiii~
Abis SPM, aku lbh suka keje dr belajor komputer.. keje la bes, mcm matang ckit, dpt gaji, ada kwn2, kenal dunia luar.. FREE kan otak.. Aku x ada cita2 apa pown tyme tu, bila atuk aku tanya nk mohon apa? aku kata nk jdik peguam la tuk.. atuk aku marah smbil hentak tongkat dea, jangan! kerja tu byk dosa, org buat salah nak kene kata x salah! carik keje yg halal.. abah aku mohonkan TESL, aku pown amikla O Level, A Level.. cukup tyme bila dpt aku tanak g plak, sbb aku x biasa g jauh dr mak!! Aku pown x taw apa yg ada lam otak aku tyme tu! x matang langsung!! Aku tanak kuar dr Johor sbb nnti ssh kalau jauh dr mak, abah.. hahahahaha~ Tu yg smpi umur aku skg ni aku still kat JOHOR! Apelah kan? So, aku belajor la kat Johor.. Kursus yg aku amik? Jurutera Elektronik tu pown pas abah aku paksa tukar kalau x aku nk mohon Jurutera Bunyik, alasan nnti aku nk keje dgn artis2!! wow! Mmg aku kuat berangan!!
Bila aku kenang2 aku leh gelak2 smpi kuor air mata wooo.. Aku juga suka menulis, buat puisi, cerpen.. tp aku dah lama x menulis.. Aku mmg lambat belajar erti kehidupan dunia mayb sbb aku dimanjakan, aku terlalu bergantug, jenis yg x berani, tp aku mmg mudah down, x yakin pada diri sendiri..
Tp setelah bertahun2 aku bekerja, finally mmg ditakdirkan aku menjadi guru.. Walau aku cuba menolak, tawaran tu selalunya tiba tepat pd masanya.. n inilah pilihan terakhir abah aku, dea nk aku jd guru, merialisasikan harapan dea tyme dea suh aku ke TESL dulu..
Pengalaman kerja memberikan aku persepsi yg berbeza tentang dunia, aku x suka org yg mengaku perfect, aku lbh suka dgn org yg berterus terang, x menipu untuk menarik perhatian, percaya x? aku pernah ada kwn pondan dan aku selesa berkwn dgn dea.. dpt byk tips mcm mana nk kulit selicin dewang, gebu, putih.. semuanya boleh asalkan ada duit n x kisah sal dosa.. aku? x berani! kalau aku pown leh taksub tgk kulit dea yg licin apatah lg lelaki kan? ahakss~
Mungkin tu jugak antara sebab aku x mao kurus2! hahahahaah~ antara Lisa ngan Zizie.. 4 sure zizie lg mantap! wakakakaka~
Smpi skg aku suka berangan.. angan2 aku skg?

Situasi 1:
Suami mengejutkan solat subuh, berjemaah bersamanya.. minum pg bersama sebelum g kerja.. memakaikan tali lehernya (kalau dea keje pakai tali leher lahh)..

Situasi 2:
Berada di Thme Park bersama suami n anak2 (nak ramai.. 4 0r 5!).. Bergembira sekeluarga..

Situasi 3:
Menunaikan Umrah bersama..

Oleh itu, maka aku kene carik suami yg ada ciri2 pak imam! hahahahaha.. Imam kampung aku da kawen la pulak.. Imam kampung korunk ada yg solo2? hikhikhik~

Kalau cikgu PJ tp ada ciri2 tu boleh dikira x?
ngeeeeee~

Tuesday, November 9, 2010

Aku yang tanya.. aku yang nangis... (T.T)

Sejarah~
Sekarang ni kepoh sal sejarah nak dijadikan subjek wajib.. bagus la... aku suka subjek sejarah.. hahahahahaha~

Sejarah~
Aku mmg suka bnda brkaitan sejarah, sebab dengan mengetahui sejarah aku akan lbh faham kenapa, mengapa, bnda tu brlaku..
Suatu hari tu dibulan jun.. aku amik keputusan tuk cerita semua tntg diri aku sepenuhnya kat bf aku, walau aku tawu kesan yg bakal aku trima, walau aku tawu mgkin si dia akan tinggaalkan aku.. aku nekad crita jugak dengan aku cuba menahan emosi kesedihan..  kerana aku cintakan dea n aku nak dea tawu semua prkara yang berkaitan diri aku dr aku sndiri bukan dr owg lain..
Aku masih ingat lagi, dihujung cerita itu, si dia menangis.. dea masih terima aku, masih menyintai aku, hanya allah sahaja yang tahu betapa hati ini bersyukur kerana si dia seorang lelaki yang amat baik, menerima segala kekurangan aku....

Sejarah~
Setiap org punya sejarah hidup masing-masing.. Ada org yang sudi share, ada org nak sembunyikan.. :))
Oleh sbb aku suka sejarah, maka aku sukalah tanya si dia benda berkaitan 'sejarah' nie.. Dia pown dengan penuh rasa cinta dan syg kat aku (sbb aku ugutttt.. hahahahaha~) maka dea pown ceritalah... bla~bla~bla~bla~..... tetiba aku rasa sedeyyyyy.. huahuahua~ tetiba lam sedey tu ada rasa cemburu plak... aduhhhh... sudahhhhhh! Masak2!! Aku yang sibuk nak tawu pastu aku yg nangis!! satu hal pulak lagi si dia nak pujuk aku.. Pas tu, aku nak telan nasik pown rasa mcm nak telan pasir!! Relex Hani, relex~ ceh.. aku mensabarkan hati.. (padahal benda tu sejarah je pown!) :)) pastu aku mulalah menjadik Detektif Conan, abis aku siasat sumer.. wakakakakaka~ (sorry baby :p~)

Sejarah~
Kesan dari penyisatan aku itu.. dapat aku simpulkan disini,  si dia bukan seperti apa yang orang perkatakan, si dia sbnrnya seorang yang amat setia, bertanggungjawab.. cuma mungkin si dia hanya tidak bertuah dlm percintaan... si dia juga lelaki yang jiwanya penuh dengan cinta.. agak jiwang.. suka memanjakan dan dimanjakan.. Mungkin org melihatnya dr sudut yg berbeza, namun aku memandangnya dr sudut hati yang ikhlas~
Akhir kata.. aku menerimanya dirinya, sejarah2nya, baik buruknya sebagaimana si dia menerima aku..
Akan aku jdkan impian kami satu kenyataan..
Akan aku pastikan cinta kami tidak akan goyah kerana cakap2 org..
Akan aku pastikan si dia tidak kecewa lagi dlm percintaan kerana...
Akulah cinta terakhirnya...

p/s: walaupun kat hati aku smpi skg ni ada rasa cemburu kesan dr menjadi Detektif Conan, tp sekurang2nya cinta aku padanya makin kukuh dan menebal.. muuuaaaahhhh~

Thursday, November 4, 2010

Ikhlas~

Saat nie aku kompius dgn perasaan aku sndiri.. aku x kisah dea buat bnda yg dea suka sbb aku tawu dea heppy dgn benda cm tu... Sblm nie, x pernah aku suka sport, x prnah bukak channel sport, x prnah tawu Olimpik ke, SUKMA ke, apatah lagi piala2 yg ada! x ada alasan kukuh cuma mmg aku x minat! Yang aku prnah main pown cuma RollerBlade, itu pown 2,3 taun jurk, pastu aku dah boring dah.. Aku pown x pernah trfikir akan bercinta dengan org yg minat sukan apatah lagi cikgu Pj.. walau aku x minat sukan, aku sokong apa juga minat si dia, tapi bila aku tgk jari dea yg lebam tu, hati aku dah brbelah bagi.. ni bukan kali pertama, jari yg dulu tu smpi sekarang masih  nampak kesannya, yg ni jari lain pulak!!
Fikirkan exam yg makin hampir, aku belikan minyak, aku urutkan jari tu (walau dea kata sakittt!), aku tanak dea ada masalah tuk menjawab soklan waktu exam nnti (jari tangan kanan tuuuuu)..
Sayang x halang b aktif sukan, syg terima semua minat b mcm mana b  trima minat syg~
Tapi syg nak sgt b hati2, syg tanak tgk b sakit smpi tahap nk makan pown kene bersuap~
Sayang suka suap b~
Syg juga suka jadi tukang urut b~
Tapi sayang x sanggup tgk b tahan sakit mcm tu~
Sayang x sampai hati baby~
Untuk kali ni, sayang merayu sgt2, lepaskan exam dulu.. tolonglahhh~
Sayang akan sentiasa ada untuk b tapi...
....syg x akan ada tuk tuliskan jawapan exam b!! :))

Tuesday, November 2, 2010

My Story~

Seharian harie nie, aku byk tenung, renung, amati, hayati.. Pg tyme aku sidai kain, aku duk amati umah aku nie yg dinamakan Villa Awan Sutera (ntah mana Cikgu Abidin dpt nama tu x taw lahh~) Aku ada umah yg agak besar sbb tanah lot kan mmg agak luas, ada taman, kolam ikan... pastu aku tgk kat garaj, ada CRV, Perdana, Persona, Charade.. Bila aku tgk plak lam umah, perabot cukup (walau x la semewah mana).. tapiiiii kenapa aku masih rasa sunyi? Kenapa hati aku masih rasa x tenang? Smpi skg aku masih x boleh renung gambar arwah ayah kat dinding, masih x boleh tgk video2 dia, aku masih x boleh tgk album gambar dea.. Walau aku menabahkan mak dan adik2 sewaktu pemergian abah pd 25 Jun 2009 namun yg sebenarnya aku x mampu menabahkan hati aku sendiri~ Setiap yg hidup pasti akan 'pergi' namun pemergian abah yg hanya kerana sakit tekak amat sukar untuk aku terima, sdgkan sehari sblm itu, abah berada brsama Dato' Hishamuddin bermesyuarat di KL, abah nampak sihat dan ceria! Abah menghembuskan nafas trakhir sewaktu aku sdg mengikuti kuliah, sepanjang perjalanan pulang ke Kluang air mata ini x henti mengalir, Yassin erat dalam genggaman, aku dah x mampu nak brsuara, fikiran aku kosong! Hampir sebulan juga aku mengumpul kekuatan untuk menerima kenyataan kehilangan ayah.. Aku kene kuat demi mak dan adik2, bg aku menangis x akan mengembalikan ayah aku semula..
Dulu aku cukup marah pd abah, kerana kerap mengumpul aset walau ianya x la menjadi keperluan utama.. namun kini aku mula faham, abah berusaha sehingga ke akhir hayatnya untuk kesenangan kami setelah ketiadaannya~
Aku bukanlah kaya, aku juga bukanlah keturunan berada... aku hanya dr keluarga yg biasa2.. tapi aku punya satu sikap yg x sama mcm org lain.. Aku x mengutamakan wang, aku x gilakan emas, aku x dihambakan harta.. apa yg aku ada sudah cukup kerana aku lebih suka besederhana.. Aku hanya inginkan cinta, kasih sayang yang sejati sebagaimana arwah ayah berikan pd aku.. aku antara anak yg paling manja, x pernah walau sekali ayah meninggikan suara~
Manakah kita nk cari kasih sayang yg macam tu? Aku mula bekerja diusia 16 tahun(sbb nak ikut kwn2), abah hantar, amik, ajar aku amik gaji guna cek, abah tunggu aku lam kete bila aku trpaksa lambat balik lantaran 'short duit' (aku juruwang)... Abah x merungut tapi abah senyuuummm jurk.. Abah belikan aku anggur (tanpa bijik-demand seyyhhh) tyme aku demam, abah sanggup kuar tgh2 malam belikan aku roti Pisang tyme aku mengandung, abah hantar aku ke Sungkai, Perak tyme orentasi (jauh taw abah drive!), abah belikan aku ole2 bila dea outstation, abah tepon aku tiap2 malam tanya aku cukup makan x kat maktab!.. tapi abah x akan hadir tyme aku konvooooooo!!!!!!
Aku mmg gila2, aku mmg suka ketawa.. tp hati aku amat sensitif~
Saat nak tamat belajar nie, aku harap sgt2 abah ada!.. aku nak sgt cium dea!.. aku nak sgt lihat senyuman dea! Tapi semua itu mustahil sebab dea dah x ada~
Ada org sanggup bunuh mak, ayah sebab duit tapi aku sanggup bg semua duit kalau boleh ditukar dgn abah~
Mungkin kerana inilah maka aku memilih kasih sayang sejati lbh dr duit dan harta~
Biarlah bina ikatan sesederhana yang mungkin asalkan kami akan ttp brsama..
Biarlah walau dea hanya guru sek rendah biasa asalkan kami bahagia..

Monday, November 1, 2010

Bukan malas tp kurang rajinnn~

Dah lama benar aku x update blog.. kesibukan berjalan2 menghabiskan silibus amat meletihkan.. Melaka, Port Dickson, PD lagik, Mersing dan Mersing lagi mmg cukup mantap! Pelbagai kenangan terpahat diminda.. Mungkin ini akan menjadi detik2 akhir kami brsama2 sekelas memandangkan kini kami ditahun akhir..
Berpisah dengan yg trsayang untuk jangka masa yg agak lama mmg menyentuh perasaan.. setiap waktu aku akan sntiasa brsama Puma putih miliknya~ air mata mmg x yah citer laaaaaaa~ pastu dgn tenet n line phone yg kdg2 x brapa nk ada lagi lahhhhh! Stresssss! :))
Syukur alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, sedar2 aku kini dah di tahun akhir, masih lagi ingat kali prtama jejakkan kaki kat maktab, kali prtama bertemu Mr. Bala, kali prtama mndapat rakan (merangkap rumet) dengan prtemuan yg sungguh bermakna di Surau Al- Jawaher.... pelbagai suka duka dilalui dengan penuh tabah.. Kehidupan disini banyak mengubah diriku... Byk jugak kenangan duka, tp aku brazam untuk meninggalkan episod sedih tu di pagar maktab nnti, aku x mao mengenang bnda2 yg x perlu.. tp semua kenangan indah akan sentiasa aku bawa di dalam hati ini~.
Aku juga bersyukur kerana walaupun keputusan sambung belajar ini dicadangkan oleh arwah ayah namun aku bertemu CINTA hatiku disini~.. kalau x kerana arwah ayah, kami tntu x brtemu.. si dialah sumber kekuatan aku menghadapi saat sukar dalam hidup.. si dia ibarat cahaya bulan yg menerangi seluruh jalanku.. si dia sentiasa membuat aku gelak dan senyum!.. thanks baby, semoga jodoh kita dipanjangkan allah~.. Aminnn~
Januari depan, aku akan menghadapi fasa akhir praktikum, semoga aku berjaya melaluinya dengan baik. Walau aku x sabar tuk mghabiskan pengajian, namun jika diberi peluang aku ingin sambung ke peringkat yang lebih tinggi (jika si dia izinkan lahhh~).. :))
Kepada semua rakan KDPM Prasekolah (KEMAS), walau kdg2 kita x sehaluan tp alhamdulillah kita masih di dalam kapal yg sama!.. semoga korunk sukses lam hidup! Aku nak kita 25 org konvo sama2! Ini semua adalah hasil kita berusaha menghadapi segala2nya brsama2~..
Sayang korunk selamanya!  :)))
Untuk Mohammad Azraai Bin Kasa, terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, b ikhlas tuk hadir lam hidup sayang, b x pernah meminta malah b byk memberi.. sayang akan tunggu smpi b abis blajar.. akan kita bina hidup bersama selamanya~

Wednesday, September 1, 2010

Aku yg korunk x kenal~

Bg yg kenal aku sikap aku mmg agak gila2.. tp entah mengapa bila aku nk menulis jurk aku jd jiwang!.. Ntah dr manalah jiwang tu datang.. hahahahaha~
Pagi nie, pas sahur aku da x boleh nk tido (slalu nk bukak mata pown susah).. pg nie jugak aku terasa kehilangan sesuatu yg aku yakin milik aku tp sebenarnya tidakkkk~.. ssh nk jalani hidup ini bila suatu kelaziman itu tiada.. Setiap detik yg berlalu amat bermakna bila aku tau tatkala tiba detik yg tepat itu, aku terpaksa redha pada suratan takdir.. huhuhuuuuu.. susahnya!
Ni bru 2 minggu.. 2 bulan nnti mcm mana?.. praktikum t mcm mana?..
Huhuhuuuuu.. x mao pikir dah..sedeyyyy...

"Cintaku padamu sekukuh langit ciptaan tuhan, seteguh alam cakerawala yang tidak pernah henti berputar dan tidak pernah bertukar arah..."

*ni lah aku yg sebenar.. agak poyo.. hahahahahaha~

Sunday, August 29, 2010

2 Dunia

Aku selalu di ceramahan dengan benda2 yg bkaitan karekter seorang GURU. Tp slalu gak aku rasa cm x brapa nk puas hati sbb x kanlah nk pakai blaus +slack sepanjang masa 24/7?? x kan lah bukan kt tmpat blajar pun nk kene dress up cm tu ke?? aku org yg jenis simple, t-shirt+sluar+kasut.. amatlah jarang aku mengenakan sandal yg ada manik2+batu2(sebenarnya x ada pown sndal cm tu) atau kasut tumit tinggi yg runcing!. bukanlah kerana aku nk jadi lelaki, ttp aku suka bnda yg buat aku selesa n senang tuk bnda2 emergency.. Contohnya; aku senang lari bila kene kejar anjing, aku senang nk melawan bila di ancam (aku mmg suka pikir bnda yg akan terjadi jika....).. tp aku ada gak baju ladies sesangat yg aku gayakan bila ku ke 'majlis tertentu'.. hikhikhik~..
Tp awal pagi nie, saat aku bsahur di Osman brsama si ehem3.. otak aku mula melakukan KBKK, disebelah meja kami ada mamat (Si A) yg pakai jeans koyak+sandal+tshirt+jaket kulit+rambut yg panjang n diikat guna getah tempe.. dan didepan aku plak ada seorang bakal guru (Si B) yg juga bertshirt+jaket biru adidas+tracksuit (dak pj la katakan.. hurm)+sandal tapi berambut pendek.. dan majority lelaki yg kat ctu pada pukul 4.30 pg trsebut hmpir semuanya mcm mamat sblh meja aku tu.. Yg pompuan lak, dgn rambut warna karat+baju ketat gler+sluar hips cut, nk kata cntik x la sgt but ketawa mmg mengilai habis! Aku plak hanya sesekali brsuara sepanjang makan..
Situasi yg aku alami ni mcm kembali ke zaman silam.. suatu masa dulu, pernah mamat yg mcm si A berada dihati aku, tp kenapa aku x prnah komplen? hahahahaha~.. tp mmg mak aku asik komplen!. Bila dia blah cam tu jerk. aku mmg ssh nk trima hakikat.. tp mak aku kata mesti ada himkahnya n time tu aku kata mak aku ni nk sedapkan hati aku jurk.. mana mungkin aku lupakan cinta kami yg brtahun2 nie (hahahaha.. aku mmg agak poyo!).. tapi bila aku da mula stabil n bina hidup baru tiba2 dtg la Si B yg suka buat muka comel, n brcakap ala2 manja.. kontra habis dgn my-X sbb my-X tu agak garang+suka pukul2+maki hamun (pasal sarapan pown aku boleh kene lempang!).. huhuhu.. tp time tu walau aku kerap pikir tuk clash aku x berani sbb my-X slalu kata " x kan ada lelaki yg boleh trima sikap n perangai aku!!".. "carilah lelaki lain, x kan dapat punya!!".. jd otak aku dah di setkan bahawa aku kene pukul+maki sbb perangai aku bukan sbb dea mmg zalim!.. bnda2 cm tu, aku simpan lam hati smpikan aku merana gler.. depan org aku brlakon cm la kita org ni pasangan bahagia.. tp lam hati.. :-(
Akhirnya kami brpisah juga apabila my-X pilih tuk brsama dgn wanita lain.. aku?? menangis seharian!.. smpi buat presentation kat kelas pown aku mengalirkan air mata.. time tu aku da x pikir org lain dah! Lec n kwn2 nk kata apa pown aku da x kisah sbb aku da x boleh nk brlakon lagi.. Mak aku ttp kata.. ada hikmah disebaliknya...
Dan tetiba suatu hari tu, hati aku brdebar2 bila trpandangkan si B (sblm nie x plak!).. brmulalah dr situ prsahabat kami dr kawan biasa, up ckit jd best fren n up lagik! Dan pada pagi 29hb Ogos 2010, sedang brsahur di Osman, aku mula faham apa yg dikatakan HIKMAH itu... Jika aku masih brsama my-X, aku x akan merasakan apa itu bahagia, aku x akan merasakan betapa indahnya bila Si B menjadi Imam aku, betapa Si B membentuk aku dengan nasihat yg lembut.. walau dea lbh muda dr aku ttp dea matang dalam membimbing aku.. si B amat berbeza dan aku yakin itu semua berkat didikan ibu bapanya dan pembawakan dirinya yg bakal menjadi warga pendidik membuatkan aku merasakan amat bersyukur~
Jika suatu hari nnti aku brtemu semula dgn my-X (lepas clash dea trs hilangkan diri).. aku nk ucapkan trima kasih sbb dea tingglkan aku tuk wanita lain sbb kerana itulah aku dan si dia bertemu dan aku mnjalani hari2 yg indah dan penuh warna-warni..
Walaupun aku dipandang -ve di awal2 prsahabatan kami, pelbagai tomahan dan cerita tidak benar tentang aku yg diperkatakan.. semua itu menguatkan lagi hubungan kami kerana aku tidak pernah menipu untuk mendapatkan cinta... si dia mengetahui tntg aku lebih dr org lain..
Kesimpulan dr entri aku kali nie, karekter seorang guru itu x boleh dibuat2, setelah brtahun2 kat maktab.. cara kita brcakap, cara berjalan, pergaulan dengan masyarakat automatik akan berubah.. Pada  adik2 yg baru masuk maktab nie, x yah la nk poyo sgt komplen sal byk bnda, nk jadi cikgu buat cara nk jadi cikgu.. kalau x suka asrama sbb x cm hotel balik umah mak abah korunk okeys~
   

Saturday, August 21, 2010

.:Aku Hanya Wanita Biasa:.

Org slalu kata.. sanggup brkorban demi org yg kita sayang.. tp sejauh manakah pengorbanan itu? Utk dilafazkan mmg mudah, tp tuk dilaksanakan? Aku adalah antara org yg snggup melepaskan bnda yg aku sayang tuk memuaskan hati org lain.. contohnya; aku melepaskan kete kancil Turbo kesayangan aku yg aku bli dr gaji pertama (sewaktu mnjadi GSTT) sbb 'org tu' mmg nk sgt2 kete tu! Hah! ambik lah, aku masih ada kereta lain kowt~ kalau x ada prsona pown CRV mak aku ada kowt (ngeh3x~).. aku jugak prnah bg kat kwn aku Jeans Levi's Engn yg aku bli kat S'pore sbb kwn aku nk sgt jeans tu (tp pastu aku bli skirt Levi's Engn plak)..
Sikap aku itu, bkn hanya brkaitan dgn barang jurk. bila situasi itu brkaitan dgn soal hati, aku ttp mcm tu jugak..Aku yakin bahawa setiap org ada pasangan masing2, cuma mungkin belum brtemu.. aku juga percaya bahawa jodoh adalah rahsia allah.. Suatu masa dulu, aku pernah brjuang habis2an tuk mnjadikan hubungan cinta aku n my-x satu reality.. aku redah cinta yg x direstui, aku tentang pada pengkhianat cinta kami.. hubungan kami tetap tidak diretui.. tp aku mmg degil, sbb cinta aku lawan kesedihan, aku lupakan kekecewaan.. tp akhirnya aku trpaksa mengalah pada suratan takdir apabila aku diminta memilih antara my-x atau pengajian..demi masa depan, aku mmilih tuk meneruskan pengajian~ Itulah satu2nya kputusan yg aku buat demi diri aku sndiri... Menyintai dan ingin memiliki adalah dua bnda yg brbeza dan trnyata apa yg aku buat slama ini, bukanlah kerana aku menyintai dea tp aku hanya ingin memiliki dea~
Aku jadikan pengalaman itu satu pngajaran yg amat brharga.. aku mula brusaha naikkan pointer aku, aku bina kekuatan dari tiap titisan air mata yg aku jatuhkan.. Dan kini aku brsyukur, kehidupan aku lebih baik dr dahulu, aku lebih gmbira, aku lebih tenang...
Dan kini, kehidupan aku lbh brmakna dgn kehadiran si dia, bukan mudah untuk brcinta lagi.. aku phobia! Tp sikap si dia yg menjadi diri dea sndiri, keberanian si dia brtemu keluaraga aku utk meminta izin, membuatkan aku cuba mengenali dirinya dgn lbh dekat~
Namun aku yg kini tidak lagi sperti dulu, aku tidak lagi brjuang brmati2an demi cinta.. aku kini lbh tenang dan redha..Masa depan kami masih panjang, dea masih punya byk peluang tuk brtemu dgn org lain yg lbh baik dr aku.. Aku izinkan dea mnjalinkan prsahabatan dgn mana2 perempuan yg dirasakan sesuai (dea tetap kata x mao~) bukanlah kerana aku x cinta, bukanlah kerana aku lemah pada dugaan.. tetapi kerana aku cintakan dea dan bukan hanya ingin memiliki dea~
Soal restu juga mnjadi syarat prtama aku, aku x mahu bina kebahagian diatas air mata org lain.. biarlah org dpt menerima aku dihati mereka bukan hanya di lidah...
"Jika ditakdirkan suatu hati nanti, b brtemu dgn org lain yg boleh buat b gmbira.. teruskanlah hubungan itu.. syg x kisah walau siapa pown mnjadi suri di hati b asalkan wanita itu dapat mnjaga b dgn baik,  menerima b tanpa syarat, menyintai b dgn penuh ikhlas~ syg akan gembira bila melihat b gembira~"
   

Tuesday, August 17, 2010

.:Perempuan Oh Perempuan:.

Sejujurnya aku mmg x ramai kawan, bukanlah aku menyombong tp aku mmg agak berhati2.. Kalau kawan pown x ramai sure kawan rapat aku sebelah tangan pown x sampai.. huahuahua (gelak amil!)... Aku boleh brtegur sapa dgn ramai org, beramah mesra dgn pelbagai lapisan umur tp aku ttp x ramai kawan rapat..
Sejak kebelakangan nie aku banyak berfikir, mcm2 aku pikir kdg2 smpi migrain... byk perkara yg merangsang otak aku utk bekerja.. huhuhuuuuuu~ kelas aku adalah satu2nya kelas yg kesemuanya perempuan, seronok gak kdg2 trutamanya part buat xtvt brkaitan sukan, x la bengang bila aku buat asal boleh (aku mmg x minat sukan), aku boleh duduk brsila atas kerusi bila kaki aku letih (da jd habit beberapa rakan aku jugak :-p), leh la ckp bnda2 yg brkaitan pompuan tanpa prlu tapis2 (hohohooo bosnya Ieja :-D).. ni sumer sbb x ada LELAKI lam kelas aku.. mmg soon bila part Ieja mula brcakap.. wakakakakaka~
Tapi, bila aku renung2kan lbh dalam, ada part pompuan nie yg aku pelik gak (ni kat pompuan lain ok, bukan dak kelas!).. pompuan ni lazimnya suka brcakap guna lidah bukan guna akal, tu yg selalu trkeluar bnda yg x patut.. lelaki plak slalunya bila brcakap guna akal dulu, so that kdg2 apa yg lelaki ckp lebih relevan n sesuai dgn masalah yg kita hadapi.. pompuan ni juga kdg2 lbh beremosi jd keputusan yg keluar kdg2 x tepat.. Hurm, no wonderlah.. lelaki dipilih sbg pemimpin... Ada jugak pompuan yg punya sifat "serba tawu".. kalau boleh semua bnda dea nk tawu, pastu mulalah buat gosip, konon2 nak bantu tp yg sbnrnya dea mengeruhkan lagi keadaan..
Well, dalam dunia nie, smua org ada masalah, jd masalah bila org tu x ada masalah.. x salah ada niat nk tolong tp kalau prtolongan tu buat keadaan lbh truk kan x bagus tuuuuuuuuuuu~.. mgkin jugak awk tu  berasal dr keluarga yg baik2 smpi x ada apa2 masalah (aku yg tgh tukar -ve dr +v)..
Mmg aku akui aku ni ada mcm2 hal nk pikir, dr soal kete persona aku, umah aku, si Luna, buah hati lagi, tu lom masuk hal2 family, history, future.. tp aku mmg jenis relex n selesaikan dgn cara aku sndiri.. aku x suka trlalu ramai org msk cmpur t buat aku brtmbah pening.. aku hargai support kwn2 (mmmuuuaaahhh!).. tp kita akan lebih matang bila kita brjaya mengatasi masalah lam diri.. ada rakan aku brpesan "Allah x akan menguji kita lebih dr apa yg kita mampu.."..
See, aku ttp gembira walau lam hati aku x ada org yg tawu.. Aku x tawu niat hati org lain, tp bila ada yg cuba amik kesempatan diatas masalah aku tuk jd glamer tu mmg aku x leh trima... Bg aku, selagi aku datang kelas, selagi aku buat tugasan, slagi aku x ada masalah lam pelajaran, knapa nk kecoh2??. Aku berjaya mengasingkan masalah pribadi n soal pelajaran! so what?? Dah nama pown masalah peribadi, biarlah aku settle sndiri... cara dea brcakap mcm dea tu malaikat x ada masalah, suciiiiii jurk.. adoiiiiii.. Apsal jd mcm ni? tu yg aku x paham tu.. aku x brmasalah tp org2 trtntu yg buat2 crita tuk buat aku nmpak mcm brmasalah? nk buat hubungan aku n bf dipertikaikan? atau sja jer nk tgk aku masuk Hosp Permai? tu la pasal selagi aku nmpak ok selagi tulah dea x puas hati..
Helooooooo, kita ni da study taraf University taw, bukan kat sekolah menengah lagik!!.. kematangan tu kene la seiring dgn prkembangan.. aku time amik diploma dulu x ada mcm nie pown.. ni tahap pikiran cam org x brpelajaran.. sikit2 nak mengadu, sikit2 nak kecoh2 hal org itu dan ini, sikit2 nak buat muka, sikit2 nak main sound2!!.. aku ni cuma tanak jurk ckp byk2, zaty n bf pown da pesan, ignore jurk org2 yg mcm tu.. Aku yakin kalau aku brsuara dgn emosi harus ada yg x sanggup nak dengar~.. jd aku lbh suka brcakap guna akal..
Pada yg masih x kenal aku, tegur2 lah.. kenalilah aku dulu sblm trs kata yg bukan2 tntg aku..
Aku ok jurk nk trima salam prsahabatan...
Tp jgnlah dimulakan dgn syak wasangka..
Doakan yg trbaik buat aku~

Monday, August 16, 2010

Mood Yg Hilang~

Hari nie aku letih sangat, x brsemangat langsung nak ikuti kuliah.. Mood tak dokkk!.. Kat kelas boleh plak kngkawan aku nehh citer sal makanan.. aku x lapar, aku jugak x haus tp aku letihhh... Dr pg td smpi jurk kat DST trs mood x brapa nak ada.. X tawu sebabnya~.. huhuhuuuu..
Aku jarang mcm nie.. tp ntahlah.. apa yg brlaku smlm amat mengganggu fikiran.. huhuhuuu.. Jgnlah buat mcm tu lagi.. Terdera emosi akuuu...
Apapun.. hanya aku yg tawu apa yg aku rasa, apa yg aku alami n betapa bnda2 kcil bg org lain amat besar impaknya pd aku..
Beberapa patah perkataan mampu menimbulkan pelbagai andaian~

Sunday, August 15, 2010

Owh.. mcm2 hal~

Pertama:
Esok adalah last obsv tuk si dia, aku tawu btapa penatnya pracs.. tp aku dulu lg truk kowt.. tido kul 3/4pg tu da lumrah.. prnah x tido langsung pown ada..ssh sbnrnya jd cikgu prasekolah ni.. kene ada byk BBM, idea msti Boombastik (kata lec aku Pn. CT).. budak kalau hari2 bg lmbaran kerja je harus borink.. tu blom masuk nk buat xtvt yg ada kognitif lah, motor halus/kasar lah, lbh kpd budak lah, kene ikut prkembangan kanak2 lah.. Tp oleh sbb aku mmg suka budak2, so bnda ni buat aku heppy.. x trtekan langsung bila mengajar.. Huisshh.. x mcm si dia, tgh pracs relex jurk, leh date lagi, tgk movie, hang out dgn kwn2. aku dulu hang out hanya time nak bli kad manilaaaa!!!!!!.. huhuhu...

Kedua:
Aku kini amatlah jeles dgn kwn aku si Belle Hunny tu pasal Maktab dea cuti raya panjangggggggg.. naik 18hb beb!.. aku? huhuhu.. pakai baju raya g kelas, buat marhaban dr bilik ke bilik clazmate aku..makan kuih raya tuk bfast, lunch, dinner...smpi aku n bli tiket flight Jb-Kuching pown susah, kalau aku beli skg skali tiba2 maktab aku pown smbung cuti gak kan rugi... kalau x beli, t mak aku majuk plak.. adehhhhh~
(masih adakah plan ke utara lam list aku?... huhuhu...)

Ketiga:
Apa ada pada rupa? Muka aku ni kalau x senyum mmg nmpak garang..tp kalau aku senyum nmpak sweet (hahahaha.. bf aku cakap lahhhh).. Walau aku slalu diasak dgn crita2 yg x benar, aku ttp senyum.. walau ada crita yg buat aku sakit hati, buat aku menangis, aku ttp senyum.. Mmg aku dilihat seolah2 org yg x layak tuk si dia, tp tahukah korunk btapa aku mnjaga hati dia lbh dr hati aku sndiri, aku brkorban utk dea hingga mengabaikan diri aku sndiri, betapa kami sntiasa brsama disaat tawa dan tangis... Mmg aku x cantik, mmg aku x pandai, mmg aku x hebat... Tp aku ikhlas, aku tulus... Prsahabatan kami telus.. x ada pura2.. Aku x pandai brjanji, tp aku yakin aku boleh jaga dea lbh dr apa yg korunk fikirkan..  (dea nk x jaga aku?.. hikhikhik)

Saturday, August 14, 2010

Manja Vs Malu

Hurm...
Aku punya satu sikap yg prlu aku ubah.. Aku mmg manja (act tramatlahhhhh manja).. Tp aku juga pemalu.. hohohooo.. Nmpak mcm x ada apa2 masalah.. tp bila digabungkan kedua2nya lam 1 masa tu yg jd masalah..
Bayangkan, masa aku tgh jalan2 dgn bf tiba2 trjumpa kwn2 dea or kwn2 aku.. aku boleh trpanggil bf aku "kau" sdgkan slalunya aku panggil dea "baby or b".. kalau tgh pgg tangan pown boleh tiba2 aku trlepas..
Dan yg sdihnya.. sikap aku yg itulah yg slalu buat si dia merajuk.... Hampir setiap hari si dia makan hati wooo dgn sikap aku yg satu itu...
Oleh kerana aku chentakan dia.. maka akan aku ubah sikap aku itu... aku akan mengakui bahawa si dia adalah bf aku n kami bukan jz fren...
Owh... Baby sabar ea.. sayang akan jd diri sayang mcm mula2 kita kenal..
Cayunk baby sangat2.... mmmmuuuaaahhhh~