Sunday, December 26, 2010

Semua benda bersebab..

Bila aku renung2kan, byk benda silap yg aku buat dalam hidup..
Hidup aku jarang tenang..
Walau aku senyum dan gelak, hati ini kerap menangis..
Tiada siapa yg tidak pernah buat silap dlm hidup..
Namun dengan mengungkit setiap kesilapan itu adalah ibarat hukuman seumur hidup..
Berilah aku peluang untuk memperbaiki diri..
Berilah aku peluang untuk menebus egala kesilapan..
Jika aku adalah seekor burung..
Akan aku terbang jauh...
Akan aku menetap ditempat lain..
Akan aku membina kehidupan baru..

Namun...
Aku hanyalah seorang manusia..
Yang hadirnya aku tidak menambah..
Yang perginya aku tidak mengurang..

Yakin...
Aku percaya satu perkara..
Langit tidak akan sentiasa mendung..
Hujan tidak akan sentiasa lebat..
Gunung tidak akan sentiasa berkabus..
Laut tdak akan sentiasa bergelombang kuat..

Pasti...
Suatu hari nanti..
Langit akan cerah..
Hujan akan berhenti..
Gunung akan kelihatan..
Laut akan tenang..

Hanya..
Aku perlu menunggu..
Aku perlu menanti..

Suatu hari nanti akan hadir seorang putera..
Yang akan membawakan aku lilin di malam yang gelap..
Yang akan memimpin disaat aku meraba-raba
Yang akan menunjukkan aku jalan di saat aku kesesatan..

Saturday, December 18, 2010

Lelaki Dan Cinta

Aku bukanlah org yg arif dalam bidang undang2, namun dek kerana aku kerap disaman, disapina maka aku agak kenal la selok belok perundangan.. Aku x ada masalah dgn undang2 sivil tp aku agak terkilan dgn perundangan syariah. Aku bukanlah org yg layak berbicara soal agama, aku juga tak layak meluahkan pendapat walaupun negara ni demokrasi.. Namun, aku x mampu menolak kata hati ku..

Pernikahan Kedua:
Entah kali yg keberapa dlm 6 bulan ini, aku di dampingi esak tangis wanita yg bergelar isteri, gelak tawa lelaki yg bergelar suami.. Bayangkan, betapa bangganya seorang isteri tatkala si suami mengajak ke tanah suci, si isteri berseri2 kerana mendapat suami sebaik itu.. Namun, apakah niat si suami apabila, jejak sahaja kaki di tanah suci segera borang poligami dihulurkan? Bila si isteri menangis, si suami meminta isteri redha dan mohon kekuatan di hadapan kaabah.. Suami apakah itu? Alim? Baik? Sepanjang bersama, si isteri meraih dan memeluk lengan si suami namun si suami menepis.. bagaimanakah untuk si isteri redha bermadu andai belum pown berkahwin lain, si suami telah bersikap dingin?
Ini hanya satu contoh betapa lelaki menggunakan pelbagai helah untuk mencapai cita2nya.. Mengapakah lelaki amat mudah beralih cinta? melupakan susah apabila senang? memberi pelbagai alasan? berbuat baik hanya untuk menyakiti?
Hitunglah berapa ramai lelaki yg berani bernikah lagi luar negara walaupun antara syaratnya haruslah mendapat keizinan isteri pertama? Sebab, sdgkan kos ke sempadan tu boleh ditanggung apatah lagi denda yg hanya RM1000 itu.. seribu je? denda je? YUP! Alasan paling kukuh, "DR BUAT MAKSIAT, BAIK KAMI KAWEN TUANNNN~".. Berkahwinlah jika mampu dan yakin berlaku adil.. Perhalusilah lagi MAMPU dan ADIL itu..
Suami adalah untuk melindungi, menjaga, menyayangi dan menyara isteri.. Isteri pula, menyerahkan diri seumur hidupnya untuk suami dlm mencari pahala setelah dinikahkan.. Lihat sajalah di hospital2, berapa ramai isteri yang tidak lena tidurnya, tidak tentu makan minumnya, tidak hiraukan penampilannya saat menjaga sang suami?? Menyalin pakaian, mengelap tubuh badan , menukar lampin pakai buang, menadah tempat kencing.. Hanya sabar, kasih, sayang dan cinta yang membuat wanita berkorban sedemikian rupa.. hanya allah yg membalasnya..
Lihat pula apabila si isteri yang sakit.. Berapa keratkah yang ditemani suami? paling2 pown datang amik baju kotor, bwk baju bersih, tanya lebih kurang pastu? "Mah, abang ada keje ni, abg x leh lama, Meon ajak abg g memancing..".
Jika sakit si suami melarat, isteri ttp menjaga mereka lagak Jururawat di rumah..
Jika sakit si isteri melarat? Si suami segera berkahwin lain dengan 'JURURAWAT' agar dapat merawat 'sakit' si suami! Adakah lelaki shjkah yg bernafsu? wanita tidak?

Penceraian:
Apabila dah x sehaluan makan cerailah pengakhirannya.. Undang2 menyatakan, edah, mutaah, nafkah adalah wajib dibayar suami.. masalahnya bayarkah mereka? Kalau x bayar? penjara? sebat? denda?
Hohohooo~ kalau x bayar, isteri kene amik peguam, failkan kes, amik cuti naik turun mahkamah (bukan sekali dua, bertahun2 pown ada..)Bila da bertahun2 kes tertunda, bekas suami pown da kawin lain, pastu g lah mahkamah.. "Tuan Hakim, saya ada anak 5 dengan isteri baru, sy keje buruh je, sy cuma mampu byr RM50 sorunk Tuan Hakimmmm". Hakim pown nak kata apa, dah dea kata x mampu ye x? Maka hakim pown ketuklah kayu tu.. Pastu korunk ingat dea bayar? kata je nk bayar belom tentu dea bg, ye x? kalau x bagi? Naik la mahkamah lagi, bukak kes lagi!!! pastu berulang2lah cerita nie.. Mengapa perkara yg wajib ini dianggap enteng? mengapa mereka x takut pd hukum allah? Hanya mereka je yg boleh jawab..

Mengapakah mereka itu amat berani? tidak takutkah mereka pd undang2? Akhirat? Aku ingin melihat sistem perundangan syariah kita digubal agar x ada isteri yg teraniaya, tiada anak yg terasa seolah tidak berbapa..

Berkahwin bukanlah kerana nafsu semata2, perkahwinan adalah satu ikatan yg suci.. mengikat dua jiwa, menyatukan dua hati, membina persaudaraan dua buah keluarga.. Mengapa setelah berjuang mengharungi dugaan , ombak dan badai dalam percintaan.. dengan mudah kita meleraikannya? Tidakkan ingat pada tempat pertama bertentang mata, filem pertama dilihat bersama, kata2 cinta yg dibisikkan di telinga, pandangan mata yang terus ke hati.. Mengapa semua baik buruknya kita terima sewaktu bercinta? Mengapa walau marah, masing2 masih boleh saling pujuk memujuk? tetapi, mengapa bila telah bernikah kita mengubah kelaziman, menukar corak perbualan.. tidak lagi berpegangan saat berjalan beriringan, bila marah terus keluar rumah tanpa kata2 pujukan?
Aku adalah org yg amat sensitif pada perkara2 yg berkaitan hati, aku ingin menjalani hidup dengan indah dan penuh warna warni..
Aku phobia pada erti kata cinta.. namun kehadiran Azraai banyak mengubah persepsi aku terhadap lelaki dan perkahwinan.. Hidup perlu kontra.. Jika A merajuk, B pujuk.. JIka B marah, A diam.. Ramai yg mencari pasangan yg sama dan serasi, namun mencari yg sedikit berlainan adalah yg terbaik..
Aku emosi, dea ikut logik.. aku pemarah, dea penyabar.. aku kebudakkan , dea matang.. aku fikir pendek, dea fikir jauh kehadapan.. aku suka ketawa, dea suka menyakat.. Aku benci sukan, dea gila sukan..
tapi ada jugak yg sama.. mcm soal manja, tgk wayang, window shopping, gila mekdi, gila pizza hut, gila ayam OSMAN... tapi, ada perkara lain yg membuat kami amat serasi.. yang tu oopppsssss! hanya kami yg tahu! ahaks~

Cinta dihati ini hanya untuk Mohammad Azraai Bin Kasa...

p/s: kalau dea carik lain, aku nk jadik Lorenna Bobbit malaysia ahh, nak taw sapa Lorenna, tanya pokcik Google! :))

Friday, December 17, 2010

Minat dan Aku

Ahha! Dah mula ada benda baru yg aku agak taksub skg ni! Antara sedar atau tak aku da mula suka menggoogle bnda2 yg berkaitan cupcakes.. cm mana nak buat royal icing, fondant, bunga2 yg cntik tu.. sblm nie aku paling2 pown buat buttercream atau topping coklat yg biasa2 je.. Aku dah mula berangan2 nak beli brg2 tuk buat cupkek nie, ntah berapa la habis sat g~
Kalau aku jenis komited tentu mak aku sanggup kuarkan modal tuk beli brg2 tu, bukan murah wooo~ tp masalahnya aku ni sekejap je mood tu ada.. cross stich owg lain buat dah jual beribu2 dah, aku yg satu tu dah lbh 10 tahun kowt lam laci!!
Bila tyme owg sibuk jahit manik, aku pown sibuk gak.. siap beli buku bagai, tp smpi skg manik aku lam plastik! aku beli je baju da siap manik..bukan aku malas tp x mao rabun! hahahahaha.. alasannnn!
Bila aku gilakan cheese cake plak, tiap2 minggu aku buat coklat cheese cake.. arwah abah aku siap bgn mlm2 terhendap2 kat dapur makan kek tu.. heppy gler ahh sbb owg suka.. mulalah, pantang ada majlis ckit, mak aku suh buat kek, ckit2 buat kek.. aku plak da mula malas.. kikikiii~
Hah, yg skg ni aku da nk mulakan projek buat cupkek, tp otak aku ni masih ligat memikir berbaloi x aku beli brg2 tu dgn sikap aku yg hangat2 tahi ayam nie? tp rasanya aku ttp akan beli gak, selagi aku x cuba aku x puas hati. :)
Manalah tahukan kot2 minat aku leh bertahan lama dengan cupkek? muahaha~
Akan aku cari alasan kukuh tuk mengshare duit beli brg2 dgn mak aku.. kikikiii~
Beli je dulu okeyss, buat ntah bila.. wakakakakaka~

Wednesday, December 15, 2010

Aku yg suka berangan :-)

Pernah x tyme kecik2 korunk buat benda yg agak nakal? (kecik2 owg x panggil jahat okey~)Sejauh mana nakal tu? curik buah pelam jiran? Amik duit yg mak sorok kat bwh alas meja? Cakap g sekolah, tp korunk ponteng? (hah! yg tu aku pernah buat.. wakakakaka).. tu lom masuk tyme remaja, nak g library study konon, padahal nak g dating.. Cakap g kedai, padahal nak gayut kat public phone (tyme aku remaja hanya ada tepon umah jurk).. pastu memanjang nak g bandar, beli buku, beli pensel, teman kawan.. Dulu aku ada sorunk kwn yg mmg kaki bergaya! kalau baju purple, mmg satu set purple smpi ke cermin mata hitam dea!!(aku rasa dea beli yg dak2 nyer tu n carik sama dgn warna baju!)Ada yg sorunk tu, siap dgn kasut tumit tinggi, tudung kilat2, handbag agik walaupun tyme tu usia sekitar 16,17 tahun! Aku??? standart Tshirt, jeans, kasut.. x pernahnyer aku pakai blaus (smpi skg kowt!).RAMBUT?? Fesyen apa je aku x cuba? ala2 feminin? pendek cm lelaki? pernah gak potong rmbut sndirik sbb nak kelainan konon! mak abah mmg x terkata arr.. anak kesayangan kowt! :))
Perghhhh! alam remaja aku mmg indah ahhh, aku lalui dgn penuh warna warni, ada gak la yg terkesan kat hati, tp apa adahall... hidup kene ada kenangan . ye x?
Aku agak kuat berangan, tyme sekolah rendah cikgu tanya cita apa? aku dgn penuh bangga jawab nak jadik PRAMUGARI cikgu!! tyme tu, kwn aku tanya pramugari tu apa? hahahahaha~ pastu nk jadik pemain bola tampar (padahal aku benci sukan).. pastu nak jadik Ahli Astronomi, abah aku kondem kan aku, dea kata nnti dah kuar x ada keje sebab nak keje kat mana? Malaysia bukan ada NASA? Keje yg x pernah aku hingin adalah keje CIKGU, sbb abah aku cikgu sek men, disiplin n penyelia petang agik... kat sekolah aku x leh nakal2, saje je abah aku suh Cikgu Lim lantik aku jadik Pengawas, nak aku bertanggungjawab n malu kalau nk buat jahat! ahaks~
Tyme tu kalau sek men x ada bf owg luar mmg x HOT arr.. mesti nak ada bf owg luar.. aku? X berani! tyme sekolah aku pemalu, jrg bercakap, belajar pown biasa2 je.. Bukan sbb aku mmg pemalu tp sbb kedudukan abah aku kat sekolah tu! :))
Tp rasanya smpi skg aku pemalu.. ahaks.. Buktinya, aku x ada bf smpi tahun 3 kat maktab.. kikikiiii~
Abis SPM, aku lbh suka keje dr belajor komputer.. keje la bes, mcm matang ckit, dpt gaji, ada kwn2, kenal dunia luar.. FREE kan otak.. Aku x ada cita2 apa pown tyme tu, bila atuk aku tanya nk mohon apa? aku kata nk jdik peguam la tuk.. atuk aku marah smbil hentak tongkat dea, jangan! kerja tu byk dosa, org buat salah nak kene kata x salah! carik keje yg halal.. abah aku mohonkan TESL, aku pown amikla O Level, A Level.. cukup tyme bila dpt aku tanak g plak, sbb aku x biasa g jauh dr mak!! Aku pown x taw apa yg ada lam otak aku tyme tu! x matang langsung!! Aku tanak kuar dr Johor sbb nnti ssh kalau jauh dr mak, abah.. hahahahaha~ Tu yg smpi umur aku skg ni aku still kat JOHOR! Apelah kan? So, aku belajor la kat Johor.. Kursus yg aku amik? Jurutera Elektronik tu pown pas abah aku paksa tukar kalau x aku nk mohon Jurutera Bunyik, alasan nnti aku nk keje dgn artis2!! wow! Mmg aku kuat berangan!!
Bila aku kenang2 aku leh gelak2 smpi kuor air mata wooo.. Aku juga suka menulis, buat puisi, cerpen.. tp aku dah lama x menulis.. Aku mmg lambat belajar erti kehidupan dunia mayb sbb aku dimanjakan, aku terlalu bergantug, jenis yg x berani, tp aku mmg mudah down, x yakin pada diri sendiri..
Tp setelah bertahun2 aku bekerja, finally mmg ditakdirkan aku menjadi guru.. Walau aku cuba menolak, tawaran tu selalunya tiba tepat pd masanya.. n inilah pilihan terakhir abah aku, dea nk aku jd guru, merialisasikan harapan dea tyme dea suh aku ke TESL dulu..
Pengalaman kerja memberikan aku persepsi yg berbeza tentang dunia, aku x suka org yg mengaku perfect, aku lbh suka dgn org yg berterus terang, x menipu untuk menarik perhatian, percaya x? aku pernah ada kwn pondan dan aku selesa berkwn dgn dea.. dpt byk tips mcm mana nk kulit selicin dewang, gebu, putih.. semuanya boleh asalkan ada duit n x kisah sal dosa.. aku? x berani! kalau aku pown leh taksub tgk kulit dea yg licin apatah lg lelaki kan? ahakss~
Mungkin tu jugak antara sebab aku x mao kurus2! hahahahaah~ antara Lisa ngan Zizie.. 4 sure zizie lg mantap! wakakakaka~
Smpi skg aku suka berangan.. angan2 aku skg?

Situasi 1:
Suami mengejutkan solat subuh, berjemaah bersamanya.. minum pg bersama sebelum g kerja.. memakaikan tali lehernya (kalau dea keje pakai tali leher lahh)..

Situasi 2:
Berada di Thme Park bersama suami n anak2 (nak ramai.. 4 0r 5!).. Bergembira sekeluarga..

Situasi 3:
Menunaikan Umrah bersama..

Oleh itu, maka aku kene carik suami yg ada ciri2 pak imam! hahahahaha.. Imam kampung aku da kawen la pulak.. Imam kampung korunk ada yg solo2? hikhikhik~

Kalau cikgu PJ tp ada ciri2 tu boleh dikira x?
ngeeeeee~