Tuesday, November 9, 2010

Aku yang tanya.. aku yang nangis... (T.T)

Sejarah~
Sekarang ni kepoh sal sejarah nak dijadikan subjek wajib.. bagus la... aku suka subjek sejarah.. hahahahahaha~

Sejarah~
Aku mmg suka bnda brkaitan sejarah, sebab dengan mengetahui sejarah aku akan lbh faham kenapa, mengapa, bnda tu brlaku..
Suatu hari tu dibulan jun.. aku amik keputusan tuk cerita semua tntg diri aku sepenuhnya kat bf aku, walau aku tawu kesan yg bakal aku trima, walau aku tawu mgkin si dia akan tinggaalkan aku.. aku nekad crita jugak dengan aku cuba menahan emosi kesedihan..  kerana aku cintakan dea n aku nak dea tawu semua prkara yang berkaitan diri aku dr aku sndiri bukan dr owg lain..
Aku masih ingat lagi, dihujung cerita itu, si dia menangis.. dea masih terima aku, masih menyintai aku, hanya allah sahaja yang tahu betapa hati ini bersyukur kerana si dia seorang lelaki yang amat baik, menerima segala kekurangan aku....

Sejarah~
Setiap org punya sejarah hidup masing-masing.. Ada org yang sudi share, ada org nak sembunyikan.. :))
Oleh sbb aku suka sejarah, maka aku sukalah tanya si dia benda berkaitan 'sejarah' nie.. Dia pown dengan penuh rasa cinta dan syg kat aku (sbb aku ugutttt.. hahahahaha~) maka dea pown ceritalah... bla~bla~bla~bla~..... tetiba aku rasa sedeyyyyy.. huahuahua~ tetiba lam sedey tu ada rasa cemburu plak... aduhhhh... sudahhhhhh! Masak2!! Aku yang sibuk nak tawu pastu aku yg nangis!! satu hal pulak lagi si dia nak pujuk aku.. Pas tu, aku nak telan nasik pown rasa mcm nak telan pasir!! Relex Hani, relex~ ceh.. aku mensabarkan hati.. (padahal benda tu sejarah je pown!) :)) pastu aku mulalah menjadik Detektif Conan, abis aku siasat sumer.. wakakakakaka~ (sorry baby :p~)

Sejarah~
Kesan dari penyisatan aku itu.. dapat aku simpulkan disini,  si dia bukan seperti apa yang orang perkatakan, si dia sbnrnya seorang yang amat setia, bertanggungjawab.. cuma mungkin si dia hanya tidak bertuah dlm percintaan... si dia juga lelaki yang jiwanya penuh dengan cinta.. agak jiwang.. suka memanjakan dan dimanjakan.. Mungkin org melihatnya dr sudut yg berbeza, namun aku memandangnya dr sudut hati yang ikhlas~
Akhir kata.. aku menerimanya dirinya, sejarah2nya, baik buruknya sebagaimana si dia menerima aku..
Akan aku jdkan impian kami satu kenyataan..
Akan aku pastikan cinta kami tidak akan goyah kerana cakap2 org..
Akan aku pastikan si dia tidak kecewa lagi dlm percintaan kerana...
Akulah cinta terakhirnya...

p/s: walaupun kat hati aku smpi skg ni ada rasa cemburu kesan dr menjadi Detektif Conan, tp sekurang2nya cinta aku padanya makin kukuh dan menebal.. muuuaaaahhhh~

No comments:

Post a Comment