Tuesday, November 2, 2010

My Story~

Seharian harie nie, aku byk tenung, renung, amati, hayati.. Pg tyme aku sidai kain, aku duk amati umah aku nie yg dinamakan Villa Awan Sutera (ntah mana Cikgu Abidin dpt nama tu x taw lahh~) Aku ada umah yg agak besar sbb tanah lot kan mmg agak luas, ada taman, kolam ikan... pastu aku tgk kat garaj, ada CRV, Perdana, Persona, Charade.. Bila aku tgk plak lam umah, perabot cukup (walau x la semewah mana).. tapiiiii kenapa aku masih rasa sunyi? Kenapa hati aku masih rasa x tenang? Smpi skg aku masih x boleh renung gambar arwah ayah kat dinding, masih x boleh tgk video2 dia, aku masih x boleh tgk album gambar dea.. Walau aku menabahkan mak dan adik2 sewaktu pemergian abah pd 25 Jun 2009 namun yg sebenarnya aku x mampu menabahkan hati aku sendiri~ Setiap yg hidup pasti akan 'pergi' namun pemergian abah yg hanya kerana sakit tekak amat sukar untuk aku terima, sdgkan sehari sblm itu, abah berada brsama Dato' Hishamuddin bermesyuarat di KL, abah nampak sihat dan ceria! Abah menghembuskan nafas trakhir sewaktu aku sdg mengikuti kuliah, sepanjang perjalanan pulang ke Kluang air mata ini x henti mengalir, Yassin erat dalam genggaman, aku dah x mampu nak brsuara, fikiran aku kosong! Hampir sebulan juga aku mengumpul kekuatan untuk menerima kenyataan kehilangan ayah.. Aku kene kuat demi mak dan adik2, bg aku menangis x akan mengembalikan ayah aku semula..
Dulu aku cukup marah pd abah, kerana kerap mengumpul aset walau ianya x la menjadi keperluan utama.. namun kini aku mula faham, abah berusaha sehingga ke akhir hayatnya untuk kesenangan kami setelah ketiadaannya~
Aku bukanlah kaya, aku juga bukanlah keturunan berada... aku hanya dr keluarga yg biasa2.. tapi aku punya satu sikap yg x sama mcm org lain.. Aku x mengutamakan wang, aku x gilakan emas, aku x dihambakan harta.. apa yg aku ada sudah cukup kerana aku lebih suka besederhana.. Aku hanya inginkan cinta, kasih sayang yang sejati sebagaimana arwah ayah berikan pd aku.. aku antara anak yg paling manja, x pernah walau sekali ayah meninggikan suara~
Manakah kita nk cari kasih sayang yg macam tu? Aku mula bekerja diusia 16 tahun(sbb nak ikut kwn2), abah hantar, amik, ajar aku amik gaji guna cek, abah tunggu aku lam kete bila aku trpaksa lambat balik lantaran 'short duit' (aku juruwang)... Abah x merungut tapi abah senyuuummm jurk.. Abah belikan aku anggur (tanpa bijik-demand seyyhhh) tyme aku demam, abah sanggup kuar tgh2 malam belikan aku roti Pisang tyme aku mengandung, abah hantar aku ke Sungkai, Perak tyme orentasi (jauh taw abah drive!), abah belikan aku ole2 bila dea outstation, abah tepon aku tiap2 malam tanya aku cukup makan x kat maktab!.. tapi abah x akan hadir tyme aku konvooooooo!!!!!!
Aku mmg gila2, aku mmg suka ketawa.. tp hati aku amat sensitif~
Saat nak tamat belajar nie, aku harap sgt2 abah ada!.. aku nak sgt cium dea!.. aku nak sgt lihat senyuman dea! Tapi semua itu mustahil sebab dea dah x ada~
Ada org sanggup bunuh mak, ayah sebab duit tapi aku sanggup bg semua duit kalau boleh ditukar dgn abah~
Mungkin kerana inilah maka aku memilih kasih sayang sejati lbh dr duit dan harta~
Biarlah bina ikatan sesederhana yang mungkin asalkan kami akan ttp brsama..
Biarlah walau dea hanya guru sek rendah biasa asalkan kami bahagia..

2 comments:

  1. really touching gle..setiap yg hidup pasti akan pergi jua..i know u r very sensitive person..u must b stong sis....esak tangis merupakan rencah kehidupan..tp idup mesti d teruskan..insya allah ada sinar bahagia untuk sis kelak..AMIN..

    ReplyDelete