Saturday, December 18, 2010

Lelaki Dan Cinta

Aku bukanlah org yg arif dalam bidang undang2, namun dek kerana aku kerap disaman, disapina maka aku agak kenal la selok belok perundangan.. Aku x ada masalah dgn undang2 sivil tp aku agak terkilan dgn perundangan syariah. Aku bukanlah org yg layak berbicara soal agama, aku juga tak layak meluahkan pendapat walaupun negara ni demokrasi.. Namun, aku x mampu menolak kata hati ku..

Pernikahan Kedua:
Entah kali yg keberapa dlm 6 bulan ini, aku di dampingi esak tangis wanita yg bergelar isteri, gelak tawa lelaki yg bergelar suami.. Bayangkan, betapa bangganya seorang isteri tatkala si suami mengajak ke tanah suci, si isteri berseri2 kerana mendapat suami sebaik itu.. Namun, apakah niat si suami apabila, jejak sahaja kaki di tanah suci segera borang poligami dihulurkan? Bila si isteri menangis, si suami meminta isteri redha dan mohon kekuatan di hadapan kaabah.. Suami apakah itu? Alim? Baik? Sepanjang bersama, si isteri meraih dan memeluk lengan si suami namun si suami menepis.. bagaimanakah untuk si isteri redha bermadu andai belum pown berkahwin lain, si suami telah bersikap dingin?
Ini hanya satu contoh betapa lelaki menggunakan pelbagai helah untuk mencapai cita2nya.. Mengapakah lelaki amat mudah beralih cinta? melupakan susah apabila senang? memberi pelbagai alasan? berbuat baik hanya untuk menyakiti?
Hitunglah berapa ramai lelaki yg berani bernikah lagi luar negara walaupun antara syaratnya haruslah mendapat keizinan isteri pertama? Sebab, sdgkan kos ke sempadan tu boleh ditanggung apatah lagi denda yg hanya RM1000 itu.. seribu je? denda je? YUP! Alasan paling kukuh, "DR BUAT MAKSIAT, BAIK KAMI KAWEN TUANNNN~".. Berkahwinlah jika mampu dan yakin berlaku adil.. Perhalusilah lagi MAMPU dan ADIL itu..
Suami adalah untuk melindungi, menjaga, menyayangi dan menyara isteri.. Isteri pula, menyerahkan diri seumur hidupnya untuk suami dlm mencari pahala setelah dinikahkan.. Lihat sajalah di hospital2, berapa ramai isteri yang tidak lena tidurnya, tidak tentu makan minumnya, tidak hiraukan penampilannya saat menjaga sang suami?? Menyalin pakaian, mengelap tubuh badan , menukar lampin pakai buang, menadah tempat kencing.. Hanya sabar, kasih, sayang dan cinta yang membuat wanita berkorban sedemikian rupa.. hanya allah yg membalasnya..
Lihat pula apabila si isteri yang sakit.. Berapa keratkah yang ditemani suami? paling2 pown datang amik baju kotor, bwk baju bersih, tanya lebih kurang pastu? "Mah, abang ada keje ni, abg x leh lama, Meon ajak abg g memancing..".
Jika sakit si suami melarat, isteri ttp menjaga mereka lagak Jururawat di rumah..
Jika sakit si isteri melarat? Si suami segera berkahwin lain dengan 'JURURAWAT' agar dapat merawat 'sakit' si suami! Adakah lelaki shjkah yg bernafsu? wanita tidak?

Penceraian:
Apabila dah x sehaluan makan cerailah pengakhirannya.. Undang2 menyatakan, edah, mutaah, nafkah adalah wajib dibayar suami.. masalahnya bayarkah mereka? Kalau x bayar? penjara? sebat? denda?
Hohohooo~ kalau x bayar, isteri kene amik peguam, failkan kes, amik cuti naik turun mahkamah (bukan sekali dua, bertahun2 pown ada..)Bila da bertahun2 kes tertunda, bekas suami pown da kawin lain, pastu g lah mahkamah.. "Tuan Hakim, saya ada anak 5 dengan isteri baru, sy keje buruh je, sy cuma mampu byr RM50 sorunk Tuan Hakimmmm". Hakim pown nak kata apa, dah dea kata x mampu ye x? Maka hakim pown ketuklah kayu tu.. Pastu korunk ingat dea bayar? kata je nk bayar belom tentu dea bg, ye x? kalau x bagi? Naik la mahkamah lagi, bukak kes lagi!!! pastu berulang2lah cerita nie.. Mengapa perkara yg wajib ini dianggap enteng? mengapa mereka x takut pd hukum allah? Hanya mereka je yg boleh jawab..

Mengapakah mereka itu amat berani? tidak takutkah mereka pd undang2? Akhirat? Aku ingin melihat sistem perundangan syariah kita digubal agar x ada isteri yg teraniaya, tiada anak yg terasa seolah tidak berbapa..

Berkahwin bukanlah kerana nafsu semata2, perkahwinan adalah satu ikatan yg suci.. mengikat dua jiwa, menyatukan dua hati, membina persaudaraan dua buah keluarga.. Mengapa setelah berjuang mengharungi dugaan , ombak dan badai dalam percintaan.. dengan mudah kita meleraikannya? Tidakkan ingat pada tempat pertama bertentang mata, filem pertama dilihat bersama, kata2 cinta yg dibisikkan di telinga, pandangan mata yang terus ke hati.. Mengapa semua baik buruknya kita terima sewaktu bercinta? Mengapa walau marah, masing2 masih boleh saling pujuk memujuk? tetapi, mengapa bila telah bernikah kita mengubah kelaziman, menukar corak perbualan.. tidak lagi berpegangan saat berjalan beriringan, bila marah terus keluar rumah tanpa kata2 pujukan?
Aku adalah org yg amat sensitif pada perkara2 yg berkaitan hati, aku ingin menjalani hidup dengan indah dan penuh warna warni..
Aku phobia pada erti kata cinta.. namun kehadiran Azraai banyak mengubah persepsi aku terhadap lelaki dan perkahwinan.. Hidup perlu kontra.. Jika A merajuk, B pujuk.. JIka B marah, A diam.. Ramai yg mencari pasangan yg sama dan serasi, namun mencari yg sedikit berlainan adalah yg terbaik..
Aku emosi, dea ikut logik.. aku pemarah, dea penyabar.. aku kebudakkan , dea matang.. aku fikir pendek, dea fikir jauh kehadapan.. aku suka ketawa, dea suka menyakat.. Aku benci sukan, dea gila sukan..
tapi ada jugak yg sama.. mcm soal manja, tgk wayang, window shopping, gila mekdi, gila pizza hut, gila ayam OSMAN... tapi, ada perkara lain yg membuat kami amat serasi.. yang tu oopppsssss! hanya kami yg tahu! ahaks~

Cinta dihati ini hanya untuk Mohammad Azraai Bin Kasa...

p/s: kalau dea carik lain, aku nk jadik Lorenna Bobbit malaysia ahh, nak taw sapa Lorenna, tanya pokcik Google! :))

No comments:

Post a Comment