Monday, November 1, 2010

Bukan malas tp kurang rajinnn~

Dah lama benar aku x update blog.. kesibukan berjalan2 menghabiskan silibus amat meletihkan.. Melaka, Port Dickson, PD lagik, Mersing dan Mersing lagi mmg cukup mantap! Pelbagai kenangan terpahat diminda.. Mungkin ini akan menjadi detik2 akhir kami brsama2 sekelas memandangkan kini kami ditahun akhir..
Berpisah dengan yg trsayang untuk jangka masa yg agak lama mmg menyentuh perasaan.. setiap waktu aku akan sntiasa brsama Puma putih miliknya~ air mata mmg x yah citer laaaaaaa~ pastu dgn tenet n line phone yg kdg2 x brapa nk ada lagi lahhhhh! Stresssss! :))
Syukur alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, sedar2 aku kini dah di tahun akhir, masih lagi ingat kali prtama jejakkan kaki kat maktab, kali prtama bertemu Mr. Bala, kali prtama mndapat rakan (merangkap rumet) dengan prtemuan yg sungguh bermakna di Surau Al- Jawaher.... pelbagai suka duka dilalui dengan penuh tabah.. Kehidupan disini banyak mengubah diriku... Byk jugak kenangan duka, tp aku brazam untuk meninggalkan episod sedih tu di pagar maktab nnti, aku x mao mengenang bnda2 yg x perlu.. tp semua kenangan indah akan sentiasa aku bawa di dalam hati ini~.
Aku juga bersyukur kerana walaupun keputusan sambung belajar ini dicadangkan oleh arwah ayah namun aku bertemu CINTA hatiku disini~.. kalau x kerana arwah ayah, kami tntu x brtemu.. si dialah sumber kekuatan aku menghadapi saat sukar dalam hidup.. si dia ibarat cahaya bulan yg menerangi seluruh jalanku.. si dia sentiasa membuat aku gelak dan senyum!.. thanks baby, semoga jodoh kita dipanjangkan allah~.. Aminnn~
Januari depan, aku akan menghadapi fasa akhir praktikum, semoga aku berjaya melaluinya dengan baik. Walau aku x sabar tuk mghabiskan pengajian, namun jika diberi peluang aku ingin sambung ke peringkat yang lebih tinggi (jika si dia izinkan lahhh~).. :))
Kepada semua rakan KDPM Prasekolah (KEMAS), walau kdg2 kita x sehaluan tp alhamdulillah kita masih di dalam kapal yg sama!.. semoga korunk sukses lam hidup! Aku nak kita 25 org konvo sama2! Ini semua adalah hasil kita berusaha menghadapi segala2nya brsama2~..
Sayang korunk selamanya!  :)))
Untuk Mohammad Azraai Bin Kasa, terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, b ikhlas tuk hadir lam hidup sayang, b x pernah meminta malah b byk memberi.. sayang akan tunggu smpi b abis blajar.. akan kita bina hidup bersama selamanya~

No comments:

Post a Comment