Saturday, August 21, 2010

.:Aku Hanya Wanita Biasa:.

Org slalu kata.. sanggup brkorban demi org yg kita sayang.. tp sejauh manakah pengorbanan itu? Utk dilafazkan mmg mudah, tp tuk dilaksanakan? Aku adalah antara org yg snggup melepaskan bnda yg aku sayang tuk memuaskan hati org lain.. contohnya; aku melepaskan kete kancil Turbo kesayangan aku yg aku bli dr gaji pertama (sewaktu mnjadi GSTT) sbb 'org tu' mmg nk sgt2 kete tu! Hah! ambik lah, aku masih ada kereta lain kowt~ kalau x ada prsona pown CRV mak aku ada kowt (ngeh3x~).. aku jugak prnah bg kat kwn aku Jeans Levi's Engn yg aku bli kat S'pore sbb kwn aku nk sgt jeans tu (tp pastu aku bli skirt Levi's Engn plak)..
Sikap aku itu, bkn hanya brkaitan dgn barang jurk. bila situasi itu brkaitan dgn soal hati, aku ttp mcm tu jugak..Aku yakin bahawa setiap org ada pasangan masing2, cuma mungkin belum brtemu.. aku juga percaya bahawa jodoh adalah rahsia allah.. Suatu masa dulu, aku pernah brjuang habis2an tuk mnjadikan hubungan cinta aku n my-x satu reality.. aku redah cinta yg x direstui, aku tentang pada pengkhianat cinta kami.. hubungan kami tetap tidak diretui.. tp aku mmg degil, sbb cinta aku lawan kesedihan, aku lupakan kekecewaan.. tp akhirnya aku trpaksa mengalah pada suratan takdir apabila aku diminta memilih antara my-x atau pengajian..demi masa depan, aku mmilih tuk meneruskan pengajian~ Itulah satu2nya kputusan yg aku buat demi diri aku sndiri... Menyintai dan ingin memiliki adalah dua bnda yg brbeza dan trnyata apa yg aku buat slama ini, bukanlah kerana aku menyintai dea tp aku hanya ingin memiliki dea~
Aku jadikan pengalaman itu satu pngajaran yg amat brharga.. aku mula brusaha naikkan pointer aku, aku bina kekuatan dari tiap titisan air mata yg aku jatuhkan.. Dan kini aku brsyukur, kehidupan aku lebih baik dr dahulu, aku lebih gmbira, aku lebih tenang...
Dan kini, kehidupan aku lbh brmakna dgn kehadiran si dia, bukan mudah untuk brcinta lagi.. aku phobia! Tp sikap si dia yg menjadi diri dea sndiri, keberanian si dia brtemu keluaraga aku utk meminta izin, membuatkan aku cuba mengenali dirinya dgn lbh dekat~
Namun aku yg kini tidak lagi sperti dulu, aku tidak lagi brjuang brmati2an demi cinta.. aku kini lbh tenang dan redha..Masa depan kami masih panjang, dea masih punya byk peluang tuk brtemu dgn org lain yg lbh baik dr aku.. Aku izinkan dea mnjalinkan prsahabatan dgn mana2 perempuan yg dirasakan sesuai (dea tetap kata x mao~) bukanlah kerana aku x cinta, bukanlah kerana aku lemah pada dugaan.. tetapi kerana aku cintakan dea dan bukan hanya ingin memiliki dea~
Soal restu juga mnjadi syarat prtama aku, aku x mahu bina kebahagian diatas air mata org lain.. biarlah org dpt menerima aku dihati mereka bukan hanya di lidah...
"Jika ditakdirkan suatu hati nanti, b brtemu dgn org lain yg boleh buat b gmbira.. teruskanlah hubungan itu.. syg x kisah walau siapa pown mnjadi suri di hati b asalkan wanita itu dapat mnjaga b dgn baik,  menerima b tanpa syarat, menyintai b dgn penuh ikhlas~ syg akan gembira bila melihat b gembira~"
   

No comments:

Post a Comment