Saturday, June 18, 2011

Sepagi di Pasar Awam...

Pg2 mak aku dah tepon..
"Kak, mak kat kedai.. ikan masih x ada. Nelayan mogok katanya.."
Aku pandang jam.. 7.05 pg.. ermm..ni entah kali berapa mak komplen pasl ikan x de. Bosan giler mkn ayam hari2!
"Kita g pasar je lah mak, tgk2 la pe benda yg boleh dibeli.."
Maka dengan x dirancangnya aku pown mencipta sejarah menjejakkan kaki ke Pasar Awam..
Sepanjang perjalanan otak aku ligat memikir, si pekedai kata, ikan x ada sbb nelayan mogok berkaitan pemberian subsidi diesel.. x pasal2, harga kat restoran pown naik.. pendek kata, mcm dah jadik trend plak.. masalahnya, betul ke pasar langsung x ada ikan? kalau x ada ikan, peniaga ikan di psr menganggur ke? setahu aku bukan semua ikan yg ada kat negara kita ni fresh.. ada jugak 'ikan air batu' panggilan ikan yg diimport..
Sesampainya di pasar.. erkk ramai plak org! Setelah puas berpusing mencari parking, YES! akhirnya aku dpt prking hampir dengan kws pasar.. Mak aku dah tersenyum lebarrr.. OWh, selama nie aku hanya membeli brg basah kat pasaraya besar dan kedai biasa. Lain betol aroma pasar ni ea.. :p~
Kat poket kanan aku dah ready ngan gula2 berangin.. aku kan suka bersedia dr awal.. kikikiiii~
Apabila melepasi pagar pasar, aku ternampak gerai ayam! punyalah banyak berderet.. aku tinjau2 ayam apa yg dijual.. (ada ayam jenis lain ke?).. pastu mak aku mula memberi arahan tuk mula masuk ke pasar basah..
Owh TIDAK!!!!! mak suh aku melalui gerai2 yg mnjual KAMBING ngan LEMBU ke???? Mak x kan x tawu aku mmg TAK BOLEH bau daging! Tekak aku dah mula loya.. Aku tahan jer, cover cun, kang kantoi plak aku ni jarang ke pasar! Aku lihat tulang bergantung2, dulang yg membukit dgn entah bhg apa haiwan tersebut. Tetiba mata aku fokus kat satu dulang.. ada benda yg mcm karpet kehitaman..
"Beli perut dik!"
Aku????? Dengan pantas aku mengeluarkan gula! Ngap! aku kunyah byk2...Aku mula menyingsing seluar dan pantas bergerak ke bhg sayur.. hik3.. mak hanya senyum ngan gelagat aku.. Mak memilih beberapa jenis sayur dan aku memilih sayur kuchai (yg ada isi bawang dibawahnya) aku xtawu apa nama sayur ni, last aku mkn rasanya tyme sekolah men.
Aku meronda sekitar kws sayur kampung, aku mencarik rebung madu seperti yg dikatakan rakan sekelas, "manis cm umbut kelapa".. owh, aku mmg suka sayur2 kg! :)
"Rebung madu ada pakcik?"
"X de dik, rebung jeruk ada.." pantas tgn pakcik tu tunjuk kat aku, rebung dalam mangkuk.
"owhh.. x pe2.. sy crik yg fresh.." aku senyummmmmm jer walau bau rebung tu melekat kat hidung smpi balik! hahahahaha~
Misi mencari ikan bermula..Wow!, byk giler ikan.. hah! part ikan aku mmg arif okey, mcm2 jenis ada, dr ikan kembung kecil smpilah ikan yu pasir.. harga? bg aku biasa jer, x delah smpi aku terkejut! :)
Yg pertama sekali aku beli sotong besar2, kepala ikan merah 3 ketul besar.. huh! puas hati.. mata masih meliar mencari kowt2 ada lala or kupang.. yg ada, cuma ketam kecil2 ngan kerang.. x maolah..I x suka yg kecil okey.. I like yg besar.. :P~
"cukuplah nie, beli ayam tua plak.. kalau msk kari sedap.." Bos da bg arahan.. maka aku pown mengekori cik bos mencari ayam!..
OWHHHH TIDAK LG!! Mengapakah si bos ini suka benar ikut jalan yg kene lalu bhg DAGING! Aku bukan mengada okey, tp mmg aku x suka daging! Aku hanya makan kalau aku rasa x ada bau lemak daging tu! bygkan, kalau mak nk msk daging, aku akan amik part cuci daging! sebab, aku nk pastikan yg daging tu x ada sisa darah lg! biarlah mak kata daging tu da pucat ke, daging tu da ilang manis ke.. aku x pedulik!!! sapa suh masak daging!! kalau boleh nk je aku cuci je daging tu ngan Axion! :)) biar kuah dea nnti rasa LEMON.. wakakakakakakaka!
Aku hanya perhatikan mak memilih ayam , part ini aku x msk campur sbb air ayam kat gerai tu da melimpah2 kat kaki lima, x mao sandal kene air ayam! x mao!!
Sambil menunggu ayam dipotong, aku melihat bhg dlm kedai tu ada ayam hidup ngan beberapa benda bulat (mesen proses ayam kowt).. owh. rupanya, kedai ni semelih ayam ngan proses kat ctu.. nasib baik ayam mak tu yg da siap.. kalaulah ayam tu perlu disembelih dpn aku? harus lepas ni aku x mkn ayam plak!
Secara keseluruhannya, oklah..kalau sblm ni aku beli brg basah kat tempat ada air-con, ni kira satu pengalaman yg len... kalau mak ajak aku g psr lg lepas ni, aku ok jer.. tapi.. aku kene crik jalan len yg x perlu lalu kws daging. :P~
Ni adalah gambar yg sempat aku snap tyme 'bershoping di pasar" :)
Ni ayam tua yg da siap di bakar, tuk hilangkan bulu2 halus dea kata mak..aku.. bulu? :p~
Nielah gerai ayam yg didirikan sebaris
Inilah si kuchai (kalau ada nama lain sila bg tawu ea.. )
Gambar si bos yg tengah memilih terung
Antara yg ada di dijual di pasar

Pasni nak cuba g Pasar Tani plak, mungkin ada dijual rebung madu yg fresh :)

p/s: Ellow baby, syg da beli okey sotong besar.. pasni jgn ejek2 syg lg taw.. muuahhhh!

No comments:

Post a Comment