Saturday, June 18, 2011

Sepagi di Pasar Awam...

Pg2 mak aku dah tepon..
"Kak, mak kat kedai.. ikan masih x ada. Nelayan mogok katanya.."
Aku pandang jam.. 7.05 pg.. ermm..ni entah kali berapa mak komplen pasl ikan x de. Bosan giler mkn ayam hari2!
"Kita g pasar je lah mak, tgk2 la pe benda yg boleh dibeli.."
Maka dengan x dirancangnya aku pown mencipta sejarah menjejakkan kaki ke Pasar Awam..
Sepanjang perjalanan otak aku ligat memikir, si pekedai kata, ikan x ada sbb nelayan mogok berkaitan pemberian subsidi diesel.. x pasal2, harga kat restoran pown naik.. pendek kata, mcm dah jadik trend plak.. masalahnya, betul ke pasar langsung x ada ikan? kalau x ada ikan, peniaga ikan di psr menganggur ke? setahu aku bukan semua ikan yg ada kat negara kita ni fresh.. ada jugak 'ikan air batu' panggilan ikan yg diimport..
Sesampainya di pasar.. erkk ramai plak org! Setelah puas berpusing mencari parking, YES! akhirnya aku dpt prking hampir dengan kws pasar.. Mak aku dah tersenyum lebarrr.. OWh, selama nie aku hanya membeli brg basah kat pasaraya besar dan kedai biasa. Lain betol aroma pasar ni ea.. :p~
Kat poket kanan aku dah ready ngan gula2 berangin.. aku kan suka bersedia dr awal.. kikikiiii~
Apabila melepasi pagar pasar, aku ternampak gerai ayam! punyalah banyak berderet.. aku tinjau2 ayam apa yg dijual.. (ada ayam jenis lain ke?).. pastu mak aku mula memberi arahan tuk mula masuk ke pasar basah..
Owh TIDAK!!!!! mak suh aku melalui gerai2 yg mnjual KAMBING ngan LEMBU ke???? Mak x kan x tawu aku mmg TAK BOLEH bau daging! Tekak aku dah mula loya.. Aku tahan jer, cover cun, kang kantoi plak aku ni jarang ke pasar! Aku lihat tulang bergantung2, dulang yg membukit dgn entah bhg apa haiwan tersebut. Tetiba mata aku fokus kat satu dulang.. ada benda yg mcm karpet kehitaman..
"Beli perut dik!"
Aku????? Dengan pantas aku mengeluarkan gula! Ngap! aku kunyah byk2...Aku mula menyingsing seluar dan pantas bergerak ke bhg sayur.. hik3.. mak hanya senyum ngan gelagat aku.. Mak memilih beberapa jenis sayur dan aku memilih sayur kuchai (yg ada isi bawang dibawahnya) aku xtawu apa nama sayur ni, last aku mkn rasanya tyme sekolah men.
Aku meronda sekitar kws sayur kampung, aku mencarik rebung madu seperti yg dikatakan rakan sekelas, "manis cm umbut kelapa".. owh, aku mmg suka sayur2 kg! :)
"Rebung madu ada pakcik?"
"X de dik, rebung jeruk ada.." pantas tgn pakcik tu tunjuk kat aku, rebung dalam mangkuk.
"owhh.. x pe2.. sy crik yg fresh.." aku senyummmmmm jer walau bau rebung tu melekat kat hidung smpi balik! hahahahaha~
Misi mencari ikan bermula..Wow!, byk giler ikan.. hah! part ikan aku mmg arif okey, mcm2 jenis ada, dr ikan kembung kecil smpilah ikan yu pasir.. harga? bg aku biasa jer, x delah smpi aku terkejut! :)
Yg pertama sekali aku beli sotong besar2, kepala ikan merah 3 ketul besar.. huh! puas hati.. mata masih meliar mencari kowt2 ada lala or kupang.. yg ada, cuma ketam kecil2 ngan kerang.. x maolah..I x suka yg kecil okey.. I like yg besar.. :P~
"cukuplah nie, beli ayam tua plak.. kalau msk kari sedap.." Bos da bg arahan.. maka aku pown mengekori cik bos mencari ayam!..
OWHHHH TIDAK LG!! Mengapakah si bos ini suka benar ikut jalan yg kene lalu bhg DAGING! Aku bukan mengada okey, tp mmg aku x suka daging! Aku hanya makan kalau aku rasa x ada bau lemak daging tu! bygkan, kalau mak nk msk daging, aku akan amik part cuci daging! sebab, aku nk pastikan yg daging tu x ada sisa darah lg! biarlah mak kata daging tu da pucat ke, daging tu da ilang manis ke.. aku x pedulik!!! sapa suh masak daging!! kalau boleh nk je aku cuci je daging tu ngan Axion! :)) biar kuah dea nnti rasa LEMON.. wakakakakakakaka!
Aku hanya perhatikan mak memilih ayam , part ini aku x msk campur sbb air ayam kat gerai tu da melimpah2 kat kaki lima, x mao sandal kene air ayam! x mao!!
Sambil menunggu ayam dipotong, aku melihat bhg dlm kedai tu ada ayam hidup ngan beberapa benda bulat (mesen proses ayam kowt).. owh. rupanya, kedai ni semelih ayam ngan proses kat ctu.. nasib baik ayam mak tu yg da siap.. kalaulah ayam tu perlu disembelih dpn aku? harus lepas ni aku x mkn ayam plak!
Secara keseluruhannya, oklah..kalau sblm ni aku beli brg basah kat tempat ada air-con, ni kira satu pengalaman yg len... kalau mak ajak aku g psr lg lepas ni, aku ok jer.. tapi.. aku kene crik jalan len yg x perlu lalu kws daging. :P~
Ni adalah gambar yg sempat aku snap tyme 'bershoping di pasar" :)
Ni ayam tua yg da siap di bakar, tuk hilangkan bulu2 halus dea kata mak..aku.. bulu? :p~
Nielah gerai ayam yg didirikan sebaris
Inilah si kuchai (kalau ada nama lain sila bg tawu ea.. )
Gambar si bos yg tengah memilih terung
Antara yg ada di dijual di pasar

Pasni nak cuba g Pasar Tani plak, mungkin ada dijual rebung madu yg fresh :)

p/s: Ellow baby, syg da beli okey sotong besar.. pasni jgn ejek2 syg lg taw.. muuahhhh!

Thursday, June 16, 2011

Owh.. bodoh nyer akuuuu.. :((

Semua org pernah membuat salah.. x de yg lam hidup dea sempurna jer..

Aku dah buat kesalahan yg aku sendiri malu nak mengakuinya... Aku menyembunyikan kebenaran dgn alasan aku malas nk dgr org membebel, malas nk melayan pertanyaan2 org sbb benda tu akan mengusutkan lg fikiran aku.. jd sbg jalan mudah aku menipu agar x perlu lg org duk bertanya dan x perlu lg org duk risaukan aku...

Tp masalahnya... aku bukan jenis menipu.. aku x pandai nk menipu.. hati aku x tenang.. aku akan sentiasa rasa bersalah..

Akhirnya aku buat keputusan tuk mengakui kesalahan aku tu.. walaupun aku faham ngan risiko yg bakal aku terima..

Walaupun aku berasa amat malu ngan sikap aku.. tp aku rela dibuang jauh2 aslkan aku x sentiasa rasa bersalah..

Walaupun bg sesetengah org, perkara ni mcm x de hal lah.. tp bg aku yg menanggungnya mmg amat tersiksa..

Pada hari ni kira2 jam 8.30 mlm aku telah membuat pengakuan atas perkara yg aku lakukan.. aku terima apa jua hukuman..

Aku dah pasrah giler...

:(

Sunday, June 12, 2011

Silence Is Golden

If I am silent then I am not real
If I speak up then no one will hear
If I wear a mask there's somewhere to hide
If I raise my voice
Will someone get hurt?
And if I can't feel then I won't get touched
If no truths are spoken then no lies can hide
Did you hear me speak
Do you understand
Did you hear my voice
Will you hold my hand
Do you understand me
Won't someone listen
Nobody gets in
My body's a temple
But nothing is simple
Silence is golden
I have been broken
Something was stolen
Safe in my own skin..

Sunday, June 5, 2011

Kenapa Dia?

Setiap org ada alasan sendiri kenapa pilih si polan tu? Ada yg sbb ada kete, ada kerjaya, ada umah besar.. HAH! ibarat lau kawen nnti tinggal cuci kaki je :p~
x kisahlah jadik bini no 2 pown asalkan mak ada kedit kad noks.. tp ingat!! lau ada yg kedua, x mustahil ada yg ke3 ngan ke 4!
Lau zaman dolu2, owg pompuan selalu dicop pengikis harta a.k.a pisau cukur, tp zaman skg nie, lelaki pown sama.. x percaya? bacalah Metro selalu, kerap benar kuar Ditipu Kasanova e.t.c. (Metro selalu kuar citer sensasi kan?)

Ada yg suka lelaki romantik, bg coklat, bg bunga, bg belon, makan cuap2.. alololoooo~
"shayang, mukak mulut shayang.. muchuk nak cuap.. "

Ada gak yg suka lelaki muka ganas, pakai rantai ada tajam2, cakap kasar.. sebab lelaki mcm nie kononya pelindung..(eh?)
"Sapa kacau pompuan aku?!! sapa?!!!"

Lau bercintakan, mesti ada soklan...
" U, kalau kita kawen nak ada anak berapa?"
" U, kalau family u tentang hbgn kita, u still ngan I x?"
pastu sbb hbgn tgh bebunga2, jawapan pown haruslah yg bek2 ye x?

Lazimnya, pasangan nie tyme tgh bercinta majoritynya plastik.. lau lelakinya tyme amik tepat, wangi2, minyak bertepek kat rambut.. ibaratnya, lau berjalan seharian tu wangiiiiiiiiiii sentiasa..

Yg pompuannya plak, cakap makaiiiiiihh punya lembut, muka tu sikit2 touch-up, pakai baju plg cantik, jalan paling sopan mengalahkan dara pingitan.. wowww!~

Tapi....
bersediakah kita bila da kawin nnti..
si isteri jumpa tuala basah atas katil, stokin balik men bola kat ruang tamu, bulatan kain pelikat kat tgh umah, ada yg plg dasyat sangkutan pakaian dalam kat sofa! tu lom msuk bab smpi kul 3 ptg msih x mandi. :P~

si suami plak tgk isteri sentiasa berpakaian seragam dr pg smpi ptg (baju kelawar), dgn rambut ala2 lam pantang, muka yg berminyak, rumah x berkemas, bgn smpi tgh hari, tu lom msk bab hari2 mkn megi (pompuan kene belajar masak taw, simple2 pown ok).. :)

Percayalah, apa yg kita nmpak tyme bercinta x 100% sama dgn realiti. x akan jadik masalah bila kita x menetapkan target pasangan lam hbgn.. x perlulah ada ayat..
" I nak yg hubby chinese look, stylish, pakaian up to date.."
" I nak yg wifey yg santek, yg pakaian ikut fesyen, yg ala2 korporat..."

Hakikatnya kecantikan boleh dibeli pd zaman skg nie bg je duit, nak idung ala2 anak mami? nak boobs ala2 pamela? nak putih ala2 CT? Tapi bolehkah kita membeli hati dan keikhlasan?

Ada plak adik2 yg mencari keikhlasan semata2...
"Shayang x kisah ikut abang balik LOMBOK, shayang x mao duit n harta, shayang cuma nk cinta.."
pastu smpi sana, duk sibuk nak balik, x cukup makan, x cukup pakai..

Nak realisasikan cinta tu pown perlu duit taw, mana pelamin, hantaran, baju, jurugambar, kompang, katering makan, sewa kanopi.. PENINGGGGGG!!!!!

Tu pasal la, lam mencari kebahagian yg sbnr kene sederhana lam semua part, x lebih2 lam part memilih rupa paras .. x lebih2 lam part harta (lelaki lau byk duit, takut tambah cawangan plak!) yg penting sedia terima sikap pasangan masing2, terima lebih dan kurang.. lau nk carik yg sempurna sgt, sempurnakah kita ni??

Kenapa yea sy suka dea?
1. sbb dea manja cangat~
2. sbb bila sy moody dea chill
3. sbb dea pandai buat sy ketawa (sbb sy ssh nk ketawa walaupun tgk Maharaja Lawak!)
4. Yg plg penting kami menerima kekurangan dan kelebihan diri masing2, biasakan diri dengan kekurangan itu, sebab kami bukan bersama hanya tuk setahun dua.. kami akan bersama tuk selama-lamanya....


p/s: bohonglah kalau kata x ada berselisih faham, selesaikanlah dgn cara org dewasa.. walaupun si dia lbh muda dr sy tp dea lbh matang lam semua perkara..

Mood: Malam nie tetiba rasa rindu giler kat dea.. ;p~