Tuesday, November 9, 2010

Aku yang tanya.. aku yang nangis... (T.T)

Sejarah~
Sekarang ni kepoh sal sejarah nak dijadikan subjek wajib.. bagus la... aku suka subjek sejarah.. hahahahahaha~

Sejarah~
Aku mmg suka bnda brkaitan sejarah, sebab dengan mengetahui sejarah aku akan lbh faham kenapa, mengapa, bnda tu brlaku..
Suatu hari tu dibulan jun.. aku amik keputusan tuk cerita semua tntg diri aku sepenuhnya kat bf aku, walau aku tawu kesan yg bakal aku trima, walau aku tawu mgkin si dia akan tinggaalkan aku.. aku nekad crita jugak dengan aku cuba menahan emosi kesedihan..  kerana aku cintakan dea n aku nak dea tawu semua prkara yang berkaitan diri aku dr aku sndiri bukan dr owg lain..
Aku masih ingat lagi, dihujung cerita itu, si dia menangis.. dea masih terima aku, masih menyintai aku, hanya allah sahaja yang tahu betapa hati ini bersyukur kerana si dia seorang lelaki yang amat baik, menerima segala kekurangan aku....

Sejarah~
Setiap org punya sejarah hidup masing-masing.. Ada org yang sudi share, ada org nak sembunyikan.. :))
Oleh sbb aku suka sejarah, maka aku sukalah tanya si dia benda berkaitan 'sejarah' nie.. Dia pown dengan penuh rasa cinta dan syg kat aku (sbb aku ugutttt.. hahahahaha~) maka dea pown ceritalah... bla~bla~bla~bla~..... tetiba aku rasa sedeyyyyy.. huahuahua~ tetiba lam sedey tu ada rasa cemburu plak... aduhhhh... sudahhhhhh! Masak2!! Aku yang sibuk nak tawu pastu aku yg nangis!! satu hal pulak lagi si dia nak pujuk aku.. Pas tu, aku nak telan nasik pown rasa mcm nak telan pasir!! Relex Hani, relex~ ceh.. aku mensabarkan hati.. (padahal benda tu sejarah je pown!) :)) pastu aku mulalah menjadik Detektif Conan, abis aku siasat sumer.. wakakakakaka~ (sorry baby :p~)

Sejarah~
Kesan dari penyisatan aku itu.. dapat aku simpulkan disini,  si dia bukan seperti apa yang orang perkatakan, si dia sbnrnya seorang yang amat setia, bertanggungjawab.. cuma mungkin si dia hanya tidak bertuah dlm percintaan... si dia juga lelaki yang jiwanya penuh dengan cinta.. agak jiwang.. suka memanjakan dan dimanjakan.. Mungkin org melihatnya dr sudut yg berbeza, namun aku memandangnya dr sudut hati yang ikhlas~
Akhir kata.. aku menerimanya dirinya, sejarah2nya, baik buruknya sebagaimana si dia menerima aku..
Akan aku jdkan impian kami satu kenyataan..
Akan aku pastikan cinta kami tidak akan goyah kerana cakap2 org..
Akan aku pastikan si dia tidak kecewa lagi dlm percintaan kerana...
Akulah cinta terakhirnya...

p/s: walaupun kat hati aku smpi skg ni ada rasa cemburu kesan dr menjadi Detektif Conan, tp sekurang2nya cinta aku padanya makin kukuh dan menebal.. muuuaaaahhhh~

Thursday, November 4, 2010

Ikhlas~

Saat nie aku kompius dgn perasaan aku sndiri.. aku x kisah dea buat bnda yg dea suka sbb aku tawu dea heppy dgn benda cm tu... Sblm nie, x pernah aku suka sport, x prnah bukak channel sport, x prnah tawu Olimpik ke, SUKMA ke, apatah lagi piala2 yg ada! x ada alasan kukuh cuma mmg aku x minat! Yang aku prnah main pown cuma RollerBlade, itu pown 2,3 taun jurk, pastu aku dah boring dah.. Aku pown x pernah trfikir akan bercinta dengan org yg minat sukan apatah lagi cikgu Pj.. walau aku x minat sukan, aku sokong apa juga minat si dia, tapi bila aku tgk jari dea yg lebam tu, hati aku dah brbelah bagi.. ni bukan kali pertama, jari yg dulu tu smpi sekarang masih  nampak kesannya, yg ni jari lain pulak!!
Fikirkan exam yg makin hampir, aku belikan minyak, aku urutkan jari tu (walau dea kata sakittt!), aku tanak dea ada masalah tuk menjawab soklan waktu exam nnti (jari tangan kanan tuuuuu)..
Sayang x halang b aktif sukan, syg terima semua minat b mcm mana b  trima minat syg~
Tapi syg nak sgt b hati2, syg tanak tgk b sakit smpi tahap nk makan pown kene bersuap~
Sayang suka suap b~
Syg juga suka jadi tukang urut b~
Tapi sayang x sanggup tgk b tahan sakit mcm tu~
Sayang x sampai hati baby~
Untuk kali ni, sayang merayu sgt2, lepaskan exam dulu.. tolonglahhh~
Sayang akan sentiasa ada untuk b tapi...
....syg x akan ada tuk tuliskan jawapan exam b!! :))

Tuesday, November 2, 2010

My Story~

Seharian harie nie, aku byk tenung, renung, amati, hayati.. Pg tyme aku sidai kain, aku duk amati umah aku nie yg dinamakan Villa Awan Sutera (ntah mana Cikgu Abidin dpt nama tu x taw lahh~) Aku ada umah yg agak besar sbb tanah lot kan mmg agak luas, ada taman, kolam ikan... pastu aku tgk kat garaj, ada CRV, Perdana, Persona, Charade.. Bila aku tgk plak lam umah, perabot cukup (walau x la semewah mana).. tapiiiii kenapa aku masih rasa sunyi? Kenapa hati aku masih rasa x tenang? Smpi skg aku masih x boleh renung gambar arwah ayah kat dinding, masih x boleh tgk video2 dia, aku masih x boleh tgk album gambar dea.. Walau aku menabahkan mak dan adik2 sewaktu pemergian abah pd 25 Jun 2009 namun yg sebenarnya aku x mampu menabahkan hati aku sendiri~ Setiap yg hidup pasti akan 'pergi' namun pemergian abah yg hanya kerana sakit tekak amat sukar untuk aku terima, sdgkan sehari sblm itu, abah berada brsama Dato' Hishamuddin bermesyuarat di KL, abah nampak sihat dan ceria! Abah menghembuskan nafas trakhir sewaktu aku sdg mengikuti kuliah, sepanjang perjalanan pulang ke Kluang air mata ini x henti mengalir, Yassin erat dalam genggaman, aku dah x mampu nak brsuara, fikiran aku kosong! Hampir sebulan juga aku mengumpul kekuatan untuk menerima kenyataan kehilangan ayah.. Aku kene kuat demi mak dan adik2, bg aku menangis x akan mengembalikan ayah aku semula..
Dulu aku cukup marah pd abah, kerana kerap mengumpul aset walau ianya x la menjadi keperluan utama.. namun kini aku mula faham, abah berusaha sehingga ke akhir hayatnya untuk kesenangan kami setelah ketiadaannya~
Aku bukanlah kaya, aku juga bukanlah keturunan berada... aku hanya dr keluarga yg biasa2.. tapi aku punya satu sikap yg x sama mcm org lain.. Aku x mengutamakan wang, aku x gilakan emas, aku x dihambakan harta.. apa yg aku ada sudah cukup kerana aku lebih suka besederhana.. Aku hanya inginkan cinta, kasih sayang yang sejati sebagaimana arwah ayah berikan pd aku.. aku antara anak yg paling manja, x pernah walau sekali ayah meninggikan suara~
Manakah kita nk cari kasih sayang yg macam tu? Aku mula bekerja diusia 16 tahun(sbb nak ikut kwn2), abah hantar, amik, ajar aku amik gaji guna cek, abah tunggu aku lam kete bila aku trpaksa lambat balik lantaran 'short duit' (aku juruwang)... Abah x merungut tapi abah senyuuummm jurk.. Abah belikan aku anggur (tanpa bijik-demand seyyhhh) tyme aku demam, abah sanggup kuar tgh2 malam belikan aku roti Pisang tyme aku mengandung, abah hantar aku ke Sungkai, Perak tyme orentasi (jauh taw abah drive!), abah belikan aku ole2 bila dea outstation, abah tepon aku tiap2 malam tanya aku cukup makan x kat maktab!.. tapi abah x akan hadir tyme aku konvooooooo!!!!!!
Aku mmg gila2, aku mmg suka ketawa.. tp hati aku amat sensitif~
Saat nak tamat belajar nie, aku harap sgt2 abah ada!.. aku nak sgt cium dea!.. aku nak sgt lihat senyuman dea! Tapi semua itu mustahil sebab dea dah x ada~
Ada org sanggup bunuh mak, ayah sebab duit tapi aku sanggup bg semua duit kalau boleh ditukar dgn abah~
Mungkin kerana inilah maka aku memilih kasih sayang sejati lbh dr duit dan harta~
Biarlah bina ikatan sesederhana yang mungkin asalkan kami akan ttp brsama..
Biarlah walau dea hanya guru sek rendah biasa asalkan kami bahagia..

Monday, November 1, 2010

Bukan malas tp kurang rajinnn~

Dah lama benar aku x update blog.. kesibukan berjalan2 menghabiskan silibus amat meletihkan.. Melaka, Port Dickson, PD lagik, Mersing dan Mersing lagi mmg cukup mantap! Pelbagai kenangan terpahat diminda.. Mungkin ini akan menjadi detik2 akhir kami brsama2 sekelas memandangkan kini kami ditahun akhir..
Berpisah dengan yg trsayang untuk jangka masa yg agak lama mmg menyentuh perasaan.. setiap waktu aku akan sntiasa brsama Puma putih miliknya~ air mata mmg x yah citer laaaaaaa~ pastu dgn tenet n line phone yg kdg2 x brapa nk ada lagi lahhhhh! Stresssss! :))
Syukur alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, sedar2 aku kini dah di tahun akhir, masih lagi ingat kali prtama jejakkan kaki kat maktab, kali prtama bertemu Mr. Bala, kali prtama mndapat rakan (merangkap rumet) dengan prtemuan yg sungguh bermakna di Surau Al- Jawaher.... pelbagai suka duka dilalui dengan penuh tabah.. Kehidupan disini banyak mengubah diriku... Byk jugak kenangan duka, tp aku brazam untuk meninggalkan episod sedih tu di pagar maktab nnti, aku x mao mengenang bnda2 yg x perlu.. tp semua kenangan indah akan sentiasa aku bawa di dalam hati ini~.
Aku juga bersyukur kerana walaupun keputusan sambung belajar ini dicadangkan oleh arwah ayah namun aku bertemu CINTA hatiku disini~.. kalau x kerana arwah ayah, kami tntu x brtemu.. si dialah sumber kekuatan aku menghadapi saat sukar dalam hidup.. si dia ibarat cahaya bulan yg menerangi seluruh jalanku.. si dia sentiasa membuat aku gelak dan senyum!.. thanks baby, semoga jodoh kita dipanjangkan allah~.. Aminnn~
Januari depan, aku akan menghadapi fasa akhir praktikum, semoga aku berjaya melaluinya dengan baik. Walau aku x sabar tuk mghabiskan pengajian, namun jika diberi peluang aku ingin sambung ke peringkat yang lebih tinggi (jika si dia izinkan lahhh~).. :))
Kepada semua rakan KDPM Prasekolah (KEMAS), walau kdg2 kita x sehaluan tp alhamdulillah kita masih di dalam kapal yg sama!.. semoga korunk sukses lam hidup! Aku nak kita 25 org konvo sama2! Ini semua adalah hasil kita berusaha menghadapi segala2nya brsama2~..
Sayang korunk selamanya!  :)))
Untuk Mohammad Azraai Bin Kasa, terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, b ikhlas tuk hadir lam hidup sayang, b x pernah meminta malah b byk memberi.. sayang akan tunggu smpi b abis blajar.. akan kita bina hidup bersama selamanya~